Connect with us

Berita Lain

Ketua PDM PKR Keluar Parti


KIULU: Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Tiong Pirungusan, di sini, Ah Kiaw Boliking, hari ini membuat
keputusan kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) menerusi Parti Bersatu
Sabah (PBS).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas melihat kesungguhan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ahli
Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau, menangani keperluan rakyat di kawasan
ini.
Ah Kiaw, 58, yang mengetuai PKR di PDM Tiong Pirungusan pada
Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),
menzahirkan secara rasmi sokongan penuh kepada Madius dan Joniston pada Majlis
Perasmian Dewan Serbaguna Tiong Keranaan, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya harap Madius dan Joniston terus diberi amanah
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan saya akan sedaya upaya
membantu untuk kemenangan mereka,” katanya.
Ah Kiaw yang menjadi ahli PBS sejak penubuhannya pada 1985
sebelum menyertai PKR, gembira kembali ke pangkuan parti itu untuk membantu
kemenangan BN di Tuaran pada PRU-14.
“Saya yakin BN akan memenangi PRU-14 dan kita mahu Parlimen
Tuaran dan Dewan Undangan (DUN) Kiulu terus diwakili oleh wakil rakyat dari
parti memerintah,” katanya yang pernah menjadi ahli jawatankuasa PKR
Cabang Tuaran.
Katanya, ramai penyokong pembangkang yang bersama-sama
beliau pada PRU-13 akan turut mengalih sokongan kepada BN.
“Saya yakin semua calon BN di Tuaran akan menang besar
pada PRU-14 kerana rakyat kini sedar parti pembangkang tidak boleh bekerjasama
dan hanya bergantung kepada fitnah dan pembohongan untuk meraih sokongan,”
katanya.
Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan
Joniston yakin sokongan BN di PDM Tiong Pirungusan akan meningkat dengan
kembalinya Ah Kiaw ke pangkuan BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel