Connect with us

Berita Lain

Ketua Pemuda PPBM Kuantan Diugut


KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin pemuda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) membuat laporan polis hari ini, mendakwa menerima mesej ugutan
dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung
Tahunan PPBM, Sabtu lalu.
Mohd Asyraf Muhammad Asri, 30, yang mengetuai Pemuda PPBM
Bahagian Kuantan, berkata beliau menerima mesej selepas kenyataannya disiarkan
dalam laporan Buletin Utama TV3 pada malam selepas perhimpunan berkenaan.
Beliau yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi, mendakwa mesej terbabit dihantar seorang individu dalam PPBM
peringkat pusat, dikenali sebagai Mr Zack.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam mesej itu, Mr Zack turut menyatakan seluruh
Malaysia ingin berkenalan dengan saya dan meminta saya ‘standby’
(berhati-hati),” katanya.
Mohd Asyraf mendakwa, surat itu juga antara lain mengandungi
ayat kesat selain menuduhnya terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta
dikatakan menjadi tali barut parti lawan.
“Saya percaya ugutan dan kecaman itu kerana saya
mengeluarkan kenyataan kesal apabila golongan muda tidak berpeluang menyoal
berkaitan sebarang isu terkini mengenai kepemimpinan parti (PPBM).
“Dalam temubual (media) itu, saya memberi kenyataan apa
sebenarnya berlaku, termasuk isu suara golongan muda seakan disekat dan tiada
konsep demokrasi dalam parti,” katanya.
Berikutan ugutan yang diterima, Mohd Asyraf berkata, beliau
bimbang keselamatan diri dan keluarganya, sekali gus meminta polis menjalankan
siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Media sebelum ini melaporkan Mohd Asyraf yang juga
perwakilan ke perhimpunan agung sulung parti berkenaan di Shah Alam, Selangor,
kesal kerana generasi muda tidak berpeluang menyoal pemimpin parti berkaitan
isu terkini.
Beliau juga dilaporkan berkata, suara generasi muda seakan
disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti.



– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel