Connect with us

Berita Lain

Konvensyen Harapan NS Bertukar ‘Panas’, Anggota BERSATU Bantah Pembahagian Kerusi


Sekumpulan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia menganggu
Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan hari ini selepas mendapat
peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit berbanding parti
lain dalam gabungan itu.
Menurut laporan media tempatan, HARAPAN Negeri Sembilan
mengumumkan manifesto peringkat negeri dan peruntukan kerusi semasa majlis itu
dan BERSATU diberikan enam kerusi DUN untuk ditandingi dari 36 kerusi DUN.
Oriental Daily melaporkan sekumpulan 30 anggota BERSATU
menyuarakan bantahan ketika Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sedang berucap.
Kedengaran jeritan ‘tidak adil’ dan seruan memboikot
menjadikan ucapan Wan Azizah terpaksa dipendekkan, kata laporan Oriental Daily
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berdasarkan laporan Sinchew Daily pula, anggota BERSATU yang
tidak berpuas hati cuba merempuh pentas bagi membuat bantahan sebelum
ditenangkan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Ketika menjelaskan peruntukan kerusi kepada anggota
BERSATU selepas itu, Mukhriz memahami BERSATU Negeri Sembilan mendapat
peruntukan kerusi yang sedikit, tetapi katanya ia diputuskan bagi tujuan yang
lebih besar.
“Beliau berjanji untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan
hati anggotanya kepada kepimpinan pusat parti itu,” petik laporan
tersebut.
RMenurut Oriental Daily pembahagian kerusi DUN diperuntukkan
seperti berikut:
PKR (12 kerusi): Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh,
Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Bagan Pinang, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

DAP (11 kerusi): Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang,
Rahang, Mambau, Senawang, Bukit Kepayang, Lukut dan Repah.
Amanah (7 kerusi): Serting, Johol, Klawang, Lenggeng, Paroi,
Senaling dan Kota.
Bersatu (6 kerusi): Palong, Sri Menanti, Chembong,
Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel