Connect with us

Berita Lain

Langkawi Ialah Dr Mahathir, Dan Dr Mahathir Ialah Langkawi

Foto: TMI 

LANGKAWI sebagai salah sebuah destinasi pelancongan terkenal
di Malaysia bakal menyaksikan kepulangan pemimpin yang meletakkan pulau legenda
itu di peta dunia.
Dengan legenda sumpahan Mahsuri menjadikan pulau itu padang
jarak padang tekukur selama tujuh generasi, dulunya Langkawi dikenali sebagai
permata Kedah hanyalah di antara 104 pulau di Laut Andaman, di mana penduduknya
melakukan kerja kampung seperti nelayan dan bercucuk tanam.

Sumpahan atau bukan sumpahan ia tidak menghalang Dr Mahathir
Mohamad melihat potensi pulau itu untuk dijadikan tempat pelancongan.
Ketua PKR Kedah Dr Azman Ismail berkata Dr Mahathir
mempunyai hubungan istimewa dengan Langkawi sejak menjejakkan kaki ke pulau itu
pada 1955.
“Beliau doktor pertama yang dihantar untuk menyumbang
khidmatnya di klinik kerajaan pulau itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dr Mahathir adalah orang pertama lihat betapa tandus
dan kosongnya Langkawi ketika itu.
“Kerana sayangnya beliau pada Langkawi menyebabkan beliau
membangunkan pulau ini apabila dilantik menjadi perdana menteri,” katanya
kepada The Malaysian Insight.
Dr Mahathir mendapat Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti
Malaya pada 1953.
Beliau memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan sebagai
doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada 1954, Dr Mahathir dilantik sebagai pegawai perubatan di
Hospital Besar Alor Setar dan pada waktu itu memberikan khidmat perubatan di
Langkawi, Jitra dan Perlis.
Antara pembangunan yang dilakukan Dr Mahathir ialah
mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai pada 1987, dan menubuhkan
Lembaga Pembangunan Langkawi.

Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, kompleks jeti yang
menghubungkan Langkawi ke Kedah dan Perlis dibina.
Lapangan terbang pertama di Langkawi dibina pada 1988.
Dr Mahathir juga meneruskan visinya membangunkan pulau itu
dengan menganjurkan International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) pada
1991, Le Tour De Langkawi 1996, dan Royal Langkawi International
Regatta-kejohanan kapal layar pada 2003.
Pada 2017, Pulau Langkawi menerima kunjungan 2, 326, 779
pelancong domestik dan luar negara.
Jasa lama yang masih dikenang
Penduduk Kampung Padang Lalang, Zainol Saad, 74, berkata
kerana Dr Mahathir penduduk pulau itu mampu untuk berulang alik dengan menaiki
feri ke Kuala Kedah pada 1960.
“Sebelum Dr Mahathir tiba cuma ada bot kayu sekali
perjalanan, naik jam 8 pagi dan lepas itu balik kemudian hari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Sejak Dr Mahathir datang di Langkawi pada 1980 beliau bina
jeti Kuah dan bawa 15 feri.
“Beliau juga yang bina jalan, bangunkan Langkawi sebagai
tempat pelancongan, hospital dan lampu jalan.
“Saya merupakan penyokong Umno sejak 1964 dan masih lagi
ahli Umno, tapi ya saya tidak dapat lupakan apa yang beliau lakukan pada
penduduk Langkawi.”
Zainol anak jati Langkawi yang melihat bagaimana pulau itu
sebelum merdeka dan semasa Dr Mahathir datang ke situ.
Dr Azman berkata Dr Mahathir juga mengenali semua penduduk
lama di Langkawi dan mereka juga mengenali beliau.
“Kalau Dr Mahathir pilih Langkawi, ia paling terbaik. Sama
juga Putrajaya dan Kubang Pasu kerana sejarahnya dan dekat dengan hati Dr Mahathir,”
katanya.
Beliau berkata bukan senang untuk menawan hati penduduk
pulau Langkawi kerana mereka mempunyai cara sendiri dan mahu calon anak jati.
“Walaupun beliau tidak berasal di sini tapi beliau memahami
keperluan dan budaya penduduk pulau.
“Dr Mahathir adalah Langkawi dan Langkawi adalah Dr
Mahathir,” katanya.
Dr Azman berkata penduduk Langkawi juga tidak mudah
terpengaruh dengan sebarang pemberian ketika pilihan raya.
“Di sini penduduk tidak akan senang menjual jiwa mereka. Ia
mungkin jadi pada tempat lain tapi bukan Langkawi.”
Langkawi kubu kuat Umno
Walau Dr Mahathir mempunyai sokongan kuat oleh penduduk
tempatan, namun beliau tetap berdepan dengan kesukaran menentang BN kerana
memegang kerusi Parlimen tanpa kalah, kata pemimpin PKR.
“Untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia dan pilihan raya,
Langkawi boleh jatuh kepada pembangkang.”
Dr Azman berkata Dr Mahathir berpeluang jika beliau
bertanding menentang Ahli Parlimen Nawawi Ahmad.
“Nawawi merupakan ahli politik cukup baik dan ahli Parlimen
yang bagus tapi Dr Mahathir dan Langkawi tidak boleh dipisahkan kerana beliau
yang membangunkan kawasan tersebut.
“Orang muda juga menyokong beliau kerana merasakan kerajaan
sekarang salah mentadbir Malaysia dan polisi kerajaan tidak memihak kepada
pemuda,” katanya.
Tetapi Dr Azman juga menjangkakan pilihan raya kali ini
berdepan kesukaran, jika terdapat pertandingan tiga penjuru apabila PAS turut
menghantar calon.
“Ia tidak akan mudah kalau PAS bertanding. Jika Dr Mahathir
bertanding saya fikir beliau boleh berjaya melepasi pertandingan tiga penjuru.”
Pada PRU13, Nawawi yang bertanding atas tiket BN menang
majoriti 21,407 mengalahkan calon PKR yang memperoleh 9,546 undi. PRU13 juga
menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Langkawi dengan penyertaan calon
bebas, Marina Hussien namun hanya mendapat 180 undi.
Langkawi mempunyai 37,536 pengundi dengan komposisi kaum, 91%
Melayu, Cina (6%) dan India (2%).

Dr Azman berkata segala apa yang ada di Langkawi kerana
usaha Dr Mahathir dan cetusan idea pengerusi Bersatu itu membangunkan kawasan
terpencil menjadi hab pelancongan, membina jeti dan lapangan terbang.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Langkawi Ahmad Marzuki
Shariat berkata Dr Mahathir perlu berehat atau buat kerja kebajikan saja,
daripada kembali aktif dalam politik.
“Beliau sudah tua dan apa kita perlukan ialah orang muda
berfikiran jauh yang mempunyai pandangan baru mengenai era globalisasi.
“Ia tidak sesuai jika kita mahu beliau bertanding dan
menjadi wakil rakyat.
“Kami masih menghormati Dr Mahathir tapi kami tak boleh
terima beliau masuk Pakatan Harapan,” katanya.
Ahmad berkata jika ada pertandingan tiga penjuru pun, BN
akan menang kerana pembangkang lemah.
“Mereka cuma tin kosong yang suka buat bising.”
Pengkaji Akademi Pengajian Melayu Prof Dr Awang Azman Awang
Pawi berkata hampir pasti kemenangan berpihak kepada Dr Mahathir kerana beliau
sinonim dengan Langkawi.
“Tanpa beliau orang luar yang bukan dari Kedah dan tidak
tahu buku sejarah tidak akan ingat pulau tersebut.
“Dan kerana beliau, Langkawi menjadi destinasi terkenal di
peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Sumbangan beliau di Langkawi bukan hanya berdasarkan
pandangan tempatan kerana populariti Langkawi menaikkan ekonomi Kedah
(pelancongan) dan antarabangsa menerusi penganjuran acara seperti Lima yang
diadakan setiap tahun.”
Apa kata penduduk berhijrah di Langkawi
Pemandu teksi Shamsul MD Salleh, 40, yang berhijrah dari
Kuala Kedah ke Langkawi 15 tahun lalu berkata kalau Dr Mahathir bertanding
beliau akan menjadi pilihan penduduk pulau itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dr Mahathir memang orang suka dan sekarang ini pun rakyat
tak suka dengan kerajaan.
“Kerana ekonomi jatuh dan jejaskan perniagaan sejak dua
tahun lalu. Dulu di sini sampai tak cukup teksi tapi kalau hari ini paling
kurang pun kita boleh buat lima perjalanan sehari.
“Kalau beliau tidak bertanding pun, pembangkang ada peluang
menang kerana orang sini dalam mood menolak BN,” katanya.

Pemilik kedai batik di Padang Mat Sirat, Aliff Solleh, 71,
yang berhijrah dari Kuala Lumpur ke Langkawi 27 tahun lalu berharap Dr Mahathir
tidak bertanding di Langkawi.
“Saya harap beliau tidak bertanding sini kerana ada setengah
pihak mungkin akan guna taktik bagi beras dan gula kepada penduduk pulau dan
ini menyebabkan perubahan pada undi.
“Saya tak sokong mana parti tapi jika Dr Mahathir bertanding
sini saya sudah tentu beri sokongan penuh,” katanya.
Manakala Izzati Rahim, 23, berkata Dr Mahathir sememangnya
mendapat sokongan golongan mda.
“Ramai anak muda yang sokong beliau kerana ramai tak suka
BN.
“Dr Mahathir susah payah bina Langkawi tapi ada (kerajaan
negeri) yang bina kondominium di tempat bersejarah di Taman Lagenda.

“Kami membantah tindakan itu.”

Sumber: TMI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel