Connect with us

Berita Lain

Lawan Derita Hantar Anak Ke Sekolah


MELAKA – Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan sesuai
bagi menggambarkan pengorbanan penghidap masalah fibroid, Azreena Abd Aziz ,
41, yang sanggup mengayuh basikal sejauh lima kilometer sehari semata-mata
untuk menghantar anak tunggalnya ke sekolah.

Azreena berkata, masalah fibroid menyebabkan dia berasa
sakit pada bahagian perut setiap kali mengayuh, namun kerana mahu melihat anak
tunggal perempuannya, Puteri Nur Aisyh Abdullah, 8, cemerlang dalam pelajaran,
dia terpaksa berbuat demikian.
Katanya, selepas suaminya menghilangkan diri sejak hampir
setahun lalu, dia memikul tugas menguruskan Puteri Nur Aisyh termasuk berkayuh
dari rumah mereka di Kampung Banda Kaba ke sekolah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Waktu pergi dan pulang, saya jemput Puteri Nur Aisyh kerana
bekerja pada syif petang. Air mata kerap mengalir kerana terpaksa tinggalkan
anak sendirian di rumah kerana tugas saya sebagai tukang cuci bermula jam 2 petang
hingga 11 malam.
“Hati mana tidak risaukan keselamatan anak tetapi saya
terpaksa kerana tidak ada sumber pendapatan lain. Saya perlu bekerja bagi
memastikan keperluan persekolahan anak tidak terbantut.
“Saya bekerja secara sambilan, jadi pendapatan tidak tetap,
namun sekurang-kurangnya kami ada wang untuk berbelanja. Sebelum ini, saya
melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi pembantu gerai,” katanya ketika
ditemui di rumahnya, kelmarin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Azreena berkata, masalah fibroid menyebabkan dia tidak boleh
melakukan tugas berat kerana berisiko tinggi mengalami kesakitan yang
berlarutan berhari-hari.
Menurutnya, kerana kekangan kewangan, dia tidak mampu
menyediakan kediaman lebih selesa untuk Puteri Nur Aisyh dan terpaksa tinggal
di rumah sewa uzur termasuk atapnya sudah bocor. – myMetro Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel