Connect with us

Berita Lain

Lelaki Maut Maut Selepas Dikelar Warga Asing Didepan Rakan Ketika Berniaga Di Pasar Malam


Seorang lelaki maut akibat dikelar ketika sedang berniaga di
pasar malam di Jalan Cermat 25/36 Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, dalam
kejadian yang berlaku pada 9.05 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner
Shafien Mamat, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, 28,
meninggal di tempat kejadian dengan luka di bahagian lehernya.
Jelas beliau, ketika kejadian, mangsa yang berasal dari
Kupang, Baling, Kedah, bersama rakan wanita berusia 26 tahun serta dua lagi
pekerja Indonesia sedang berniaga di kawasan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelasnya, mereka yang sedang berniaga barang kosmetik itu
dilaporkan didatangi empat lelaki dipercayai warga Indonesia yang seterusnya
menyerang mangsa menggunakan pisau.
“Mangsa yang luka di leher mati di tempat kejadian manakala
pekerja yang cuba membantu cedera di kepala. Punca kejadian masih disiasat,”
katanya.
Shafien berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) manakala rakan wanita dan pekerja Indonesia ditahan untuk
membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan
perintah tahanan reman akan dipohon pagi ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel