Connect with us

Berita Lain

Mahathir Gagal Insafi Kesalahan Beliau



SHAH ALAM – Pas mendakwa Pegerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) terus memusuhi dan mempertahankan fitnah terhadap parti itu
serta syuhada Memali.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, kini Mahathir
mengheret mufti untuk turut serta terhumban ke dalam kancah fitnah liar yang
direka beliau sendiri.
“Ucapan penggulungan beliau di Perhimpunan Agung
Tahunan Pertama Bersatu jelas mempamerkan beliau masih gagal menginsafi
kesalahan besar yang telah beliau lakukan sejak menjawat kerusi Perdana Menteri
selama 22 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau cuba memperbodohkan mufti seperti mereka tiada
ilmu dan keberanian sehingga tidak menangkis Amanat Hj Hadi. Beliau terlalu
merendahkan keupayaan dan kedudukan para mufti. Jika benar Amanat Hj Hadi
bercanggah dengan syariat Islam, maka tidak munasabah 14 orang mufti sepakat untuk
membisu dan membiarkan suatu yang mungkar berlaku,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Katanya, Mahathir masih menggunakan fitnah lapuk kononnya
Pas menjual agama dan memperalatkan agama demi kepentingan politik.
“Saya percaya tidak ramai terpedaya dengan dakyah
songsang Mahathir. Dunia teknologi maklumat hari ini telah berjaya membekalkan
maklumat jelas kepada masyarakat sekaligus menampakkan wajah sebenar perjuangan
Islam yang dibawa oleh Pas.
“Apakah perjuangan Pas untuk memperkasakan mahkamah
syariah, mendaulatkan syariat Islam, mewujudkan nilai-nilai hidup Islam,
mempertahankan kesucian Islam, pertahankan kemerdekaan negara, menentang ISA
(Akta Keselamatan Dalam Negeri), rasuah, judi, zina dan riba disifatkan sebagai
menjual agama?” soalnya.
Nasrudin menyatakan Perlembagaan Pas menyebut dasar parti
berkenaan adalah Islam dan tujuan ia ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sebuah
masyarakat, pemerintah mengikut nilai hidup agama tersebut serta menuju
keredaan ALLAH di negara ini.
“Fasal ke 6 (b), di bawah tajuk Usaha-usaha Pas ialah
memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai
panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman
dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk
pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan
pendidikan.
“Jika tindakan Pas bercanggah dengan perlembagaan atau
undang-undang tubuhnya, maka sudah lama perjuangan kami ini ditolak oleh rakyat
dan diambil tindakan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau dibatalkan
pendaftarannya seperti Umno yang pernah diharamkan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas lanjut, beliau berkata dakwaan Mahathir bahawa
parti itu mengkafirkan mereka yang tidak menyokong Pas satu fitnah jahat.
“Malah tiada disebut pun dalam Amanat Hj Hadi bagai
yang didakwa. Bahkan mereka yang mengamati Amanat Hj Hadi secara teliti dan
saksama, nescaya memahami bahawa amanat itu tidak sekali-kali mendakwa siapa
yang tidak sokong Pas sebagai kafir.
“Fitnah ini telah saya dengar sejak tahun 80an lagi.
Filem hitam putih yang cuba ditayang semula oleh Mahathir di pawagam tiga
dimensi (3D),” katanya.
Tambah Nasrudin, berkaitan kematian Allahyarham Ibrahim
Libya dan rakan-rakan di pekarangan rumahnya, mereka diserang dan bukan
menyerang.
“Bagaimana mereka dianggap melancarkan pemberontakan
bersenjata.  Mereka bukan menyerang Bukit
Aman dan Mahathir bangkitkan empat anggota polis terbunuh. Bagaimana dengan
penduduk kampung yang diserang dan 14 dari mereka terbunuh?

Advertisement
“Jika mereka adalah pemberontak bersenjata, mengapa
Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berkenan menyiram air mawar di
pusara para syuhada Memali dan menghadiahkan nisan untuk pusara mereka. Buat
Mahatir kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel