Connect with us

Berita Lain

Mahkamah Tolak Permohonan Najib, Rosmah, 6 Lagi



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan enam pihak lagi gagal membatalkan saman
yang dikemukakan keluarga penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam, A
Santamil Selvi dan tiga anaknya kerana mendakwa mereka kehilangan pendapatan
dan terpaksa menjalani kehidupan dalam buangan di India selama lima tahun sejak
2008. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menolak saman tersebut selepas
mendapati ianya dikemukakan melebihi tempoh masa yang dihadkan.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang bertindak bagi pihak
perdana menteri dan isteri memberitahu pemberita, mahkamah juga menolak saman
tersebut kerana ianya mempunyai merit untuk didengar dan ianya perlu diputuskan
melalui perbicaraan penuh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mahkamah juga mengarahkan defendan membayar kos
sebanyak RM2000 setiap seorang kepada plaintif,” katanya.
Nor Hazira berkata mahkamah turut menetapkan tarikh 16 Mac
untuk pengurusan kes itu.
Selain Najib dan Rosmah, mahkamah juga menolak permohonan
enam individu tersebut iaitu dua adik Najib, Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak
dan Datuk Mohd Nazim Tun Abdul Razak; peguam, Tan Sri Cecil Abraham dan
anaknya, Sunil Abraham; Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat; dan peguam
M. Arunampalam.
Pada 10 Ogos tahun lepas, kesemua defendan memfailkan
permohonan untuk membatalkan saman atas alasan plaintif tidak mempunyai locus
standi dan tidak mempunyai kausa tindakan munasabah untuk memfailkan tindakan
saman tersebut selain mendakwa saman itu adalah remeh, menyusahkan dan merupakan
suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 2 Disember 2015, Mahkamah Persekutuan menolak
permohonan empat beranak itu untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan yang membatalkan notis rayuan mereka pada 24 April tahun sama.
Mahkamah Tinggi kemudian membatalkan saman berkenaan pada 11
Disember 2014.       


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 13 Julai 2017, Santamil Selvi dan bersama tiga anaknya,
B. Kishen, B. Menaga dan B. Reeshi sekali lagi memfailkan saman bagi pihak
mendiang dengan menamakan kesemua individu sama sebagai defendan bagi menuntut
kerugian yang ditanggung mereka sepanjang berada di Chennai, India selama 56
bulan dari 4 Julai 2008 sehingga Balasubramaniam, 53, meninggal dunia akibat
serangan jantung pada 15 Mac 2013.   
Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi juga mendakwa
anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan
Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita
Mongolia, Altantuya Shaariibuu.  
Mereka memohon ganti rugi berjumlah hingga RM840,000
termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah, dan
kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos
pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.



– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel