Connect with us

Berita Lain

Malaysia Jalin Kerjasama Dengan La Liga Sepanyol


JOHOR BAHRU — Football Malaysia Limited Liability
Partnership (FMLLP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama La
Liga Sepanyol dalam usaha membantu meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga_M).
Melalui perjanjian persefahaman itu, La Liga akan membuka
jalan kepada pemain liga Sepanyol itu untuk bermain di Malaysia serta mengatur
perlawanan antara pasukan La Liga di Malaysia semasa pramusim.
MoU selama tiga tahun itu ditandatangani Pengerusi PMLLP,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), manakala La Liga diwakili oleh Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Oscar
Mayo Pardo.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tunku Ismail berkata kerjasama itu merangkumi setiap aspek
dalam pembangunan badan bola sepak di negara kita.
“Ini merupakan pelan pembangunan bola sepak untuk
jangka masa panjang dan saya yakin kerjasama ini akan membantu kejayaan bola
sepak kita di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis
menandatangani MoU itu di sini.
Perbincangan antara FMLLP dengan La liga yang berlangsung
selama empat bulan sebelum ini merangkumi pertukaran maklumat, informasi di
samping berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam meningkatkan tahap liga bola
sepak di kedua-dua negara.
“Kedua-dua pihak akan berkongsi maklumat dan pengalaman
serta penganjuran seminar mengenai liga profesional dan pengurusan kelab
terutama dalam bidang pemasaran turut menjadi agenda dalam perjanjian
ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel