Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Cuba Rungkai Kebuntuan, Tawar Formula 60-40


Kebuntuan dalam parti-parti pembangkang berhubung agihan
kerusi di Sabah dikatakan hampir berjaya dirungkai susulan pertemuan Pakatan
Harapan dan Parti Warisan Sabah dengan Timbalan Presiden HARAPAN Tan Sri
Muhyiddin Yassin malam semalam.
Pada sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini, HARAPAN Sabah
berkata mereka menawarkan formula 60-40 untuk pengagihan kerusi antara gabungan
pembangkang itu dengan WARISAN.
Tawaran itu adalah bagi membolehkan WARISAN meletakkan
calon-calonnya di 60 peratus daripada 60 kerusi negeri dan memberi laluan
kepada HARAPAN untuk bertanding di 60 peratus daripada 25 kerusi parlimen.
Timbalan Pengerusi HARAPAN Sabah, Stephen Wong berkata
gabungan itu amat berharap agar WARISAN bersedia untuk menerima formula itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya optimis bahawa dengan tawaran ini dan visi
bersama, kita boleh menyelesaikannya,” kata Wong yang dipetik oleh Malay
Mail Online.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin HARAPAN
Sabah diheret dalam perang mulut dengan pemimpin WARISAN berhubung cara terbaik
untuk meneruskan pakatan pilihan raya.
Sabah adalah satu-satunya negeri di mana HARAPAN masih belum
memuktamadkan rundingan kerusi parlimen mereka.
Muhyiddin, yang berkata HARAPAN Sabah mesti memuktamadkan
calon mereka menjelang akhir Januari, berkata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal adalah seorang ‘kawan baik’.
Muhyiddin dan Shafie adalah rakan lama yang bersahabat baik
ketika mereka bersama dalam Umno.
Pada 2016, Muhyiddin dipecat daripada Umno manakala Shafie
bertindak keluar parti sebulan kemudian. Ketika itu, Muhyiddin adalah timbalan
presiden dan timbalan perdana menteri manakala Shafie adalah naib presiden
Umno.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Muhyiddin berkata majlis presiden HARAPAN mahu senarai calon
parti itu dimuktamadkan menjelang akhir bulan itu kerana pengumuman rasmi
diperlukan.
“Berhubung dengan calon, nama semua calon bukan sahaja
di Sabah tetapi juga seluruh negara akan diumumkan selepas semua rundingan
kerusi selesai,” katanya menurut laporan lain yang dipetik dari The
Malaysian Insight.
Berikutan pengumuman hari ini, HARAPAN Sabah akan menjemput
WARISAN bagi menghadiri beberapa siri rundingan.

Advertisement
Adalah difahamkan bahawa WARISAN telah berhubungan dengan
beberapa individu parti komponen HARAPAN secara tidak rasmi.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel