Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Tidak Pernah Iri Hati Tun M Dipilih Calon PM



SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr
Mahathir Mohamad bakal berdepan cabaran memulihkan dan membentuk semula ekonomi
negara jika berjaya mengambil alih kerajaan 
selepas PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tugas
Tun Mahathir bukan kerja mudah berikutan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan
sedia ada kini, lapor Sinar Harian
“(Kerajaan sekarang) bukan sahaja wang hilang, malah
institusi yang utuh selama ini turut menjadi dysfunctional atau tidak berkesan
disebabkan kawalan ketat dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pimpinan tertinggi
negara.
“Tambahan pula banyak orang yang diugut dan terugut dengan
tindakan rakus kuasa yang dibuat oleh pihak berkenaan,” katanya menerusi ucapan
ketika Majlis Pelancaran Bersatu Bahagian Setiawangsa, kelmarin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Di samping itu, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana
menteri turut memaklumkan Tun Mahathir perlu mencari jalan bagi memperbetulkan
perkara yang diselewengkan supaya negara dapat kembali semula ke landasan yang
benar.
Beliau berkata, walaupun Tun Mahathir berdepan tugas sukar
memulihkan ekonomi Malaysia, namun langkah itu perlu dilaksanakan bagi
menggelakkan kerosakan negara terus berlaku.
“Ini adalah amanah, dan kita mahu menunjukkan kerajaan baru
ini lebih baik,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya juga tidak pernah iri hati dengan
pemilihan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri Harapan.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan sebelum ini, Tun Mahathir
diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang manakala Presiden PKR, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai calon timbalan perdana
menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel