Connect with us

Berita Lain

Mustapa Yakin Kehebatan Najib Akan Dihargai


KOTA BHARU: Kehebatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam membangunkan negara akan dihargai rakyat, kata Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata kepimpinan Najib terbukti dalam memacu
ekonomi negara dengan lebih pesat selain turut menjadi seorang pemimpin yang
cakna kepada rakyat yang dipimpinnya.
“Kita merupakan contoh dan teladan (kepada negara-negara
lain). Arab Saudi, Sri Lanka, Jepun nak belajar dengan kita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Justeru, kita nak pilih parti yang memimpin negara ini
perkara yang serius, bukan perkara (tindakan) yang singkat,” katanya
ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Kerajaan
Persekutuan dan Negeri di perkarangan Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Majlis yang dihadiri lebih 10,000 penjawat awam itu turut
disertai Najib, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk
Ahmad Jazlan Yaakub.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan
Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) berkata ekonomi negara perlu berada dalam
keadaan yang kukuh agar penjawat awam turut merasai faedah tersebut.
“Kita bukan negara bankrap (seperti yang didakwa sesetengah
pihak). Ringgit naik kepada RM3.80 (sekarang) dan kita bersyukur kerana tak
pernah dalam sejarah kita ada seorang pemimpin yang begitu cakna kepada kita
(Kelantan).
“Justeru, penjawat awam perlu memilih dengan teliti
untuk pastikan negara yang hebat ini, terus hebat di bawah kepimpinan
Najib,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

-BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel