Connect with us

Berita Lain

Najib Adakan Lawatan Kerja Ke Sabah Esok


KOTA KINABALU — Lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak
selama dua hari ke Sabah, esok, adalah manifestasi keprihatinan Perdana Menteri
terhadap kesejahteraan, kebajikan dan nasib rakyat negeri ini.
Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata walaupun sibuk
dengan tugas dan tanggungjawab rasminya, perdana menteri tetap meluangkan masa
turun padang untuk merasai denyut nadi rakyat di negeri ini.
“Sabah tidak pernah diketepikan oleh Kerajaan Pusat, malah
sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya di bawah kepimpinan Perdana
Menteri. Banyak program dan projek pembangunan dilaksanakan (di Sabah) untuk
manfaat dan kesejahteraan rakyat,” katanya mengulas lawatan kerja perdana
menteri itu di sini hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan
Nasional (BN). akan mengadakan lawatan kerja ke beberapa kawasan di negeri ini
iaitu Penampang, Nabawan dan Kota Marudu, esok dan lusa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Musa, lawatan Najib berkenaan sudah tentu akan
mencetuskan impak dan manfaat yang besar kepada rakyat di negeri ini.
Sebagai contoh, katanya, lawatan Najib ke Kota Marudu untuk
merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau adalah
bukti perdana menteri begitu mengambil berat keperluan pendidikan dan
keselesaan anak-anak Sabah dalam aspek pendidikan.
Katanya, ia juga membuktikan bahawa Najib serius dalam
membangunkan modal insan berkualiti di negeri ini.
Untuk rekod, SMK Bandau ditubuhkan pada tahun 2000 namun
sekolah itu menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Ongkilan. Pada Mac 2014,
SMK Bandau mula menggunakan bangunan sekolah baharu mereka sendiri.
“Pembinaan Klinik Kesihatan Baharu di Nabawan pula
bukti perdana menteri menyelami hati nurani rakyat pedalaman yang memerlukan
kemudahan kesihatan yang baik,” kata Musa.
Justeru, beliau meminta rakyat Sabah agar terus menyokong
kerajaan yang diterajui BN demi kelangsungan pembangunan Sabah yang sedang
berjalan dengan pesat.
Katanya, hanya kerajaan BN mampu memenuhi aspirasi rakyat
dan menjamin kestabilan dan perpaduan rakyat di negeri ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel