Connect with us

Berita Lain

Najib Edar Sampul ‘Angpau’ Percuma



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
akan mengedarkan sampul angpau secara percuma kepada peminat Facebooknya ‘Ah
Jib Gor’, sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina pada 16
Februari ini.

“Tahun ini merupakan tahun keenam (sejak 2013) saya
mengedarkan sampul Tahun Baharu Cina edisi khas secara percuma kepada peminat
laman sosial Facebook ‘Ah Jib Gor’”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tahun ini saya menggunakan ‘Lou Sang’ (gaul Yee Sang)
sebagai tema sampul Tahun Baharu Cina itu. Selain merupakan antara makanan
kegemaran saya, ‘Yee Sang’ juga turut diiktiraf sebagai makanan warisan
negara,” katanya menerusi laman media sosial Facebook ‘Ah Jib Gor’ dalam bahasa
Mandarin, semalam.
Menurut laman itu, rekaan sampul  tahun ini juga unik kerana ia mengandungi
karikatur Najib serta masyarakat pelbagai kaum mengadakan ‘Lou Sang’, selain
gambar makanan tradisional masyarakat Cina seperti kuih bakul.
Menurut laman itu, peminat hanya perlu tekan ‘Like’ pada
laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan
nombor telefon masing-masing menerusi pautan: http://bit.ly/1ECDzbw, untuk
menerima sampul berkenaan.

Setiap peket mengandungi enam keping sampul angpau dan akan
diedarkan sementara stok masih ada. –Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel