Connect with us

Berita Lain

Negara Tidak Akan Maju Tanpa Kestabilan Politik – PM


NABAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menegaskan bahawa Malaysia tidak akan maju tanpa kestabilan politik.
Justeru, kata Najib rakyat di negara ini tidak boleh leka
atau ambil mudah terhadap kestabilan politik yang dikecapi selama ini di bawah
kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga membolehkan negara mengecapi pelbagai
pembangunan yang membanggakan.
“Saya baru melawat sebuah negara. Negara itu mencapai
kemerdekaan lebih awal daripada Malaysia. Tetapi kekayaan mereka cuma satu
pertiga kekayaan Malaysia. Kenapa negara itu tidak sekaya dan semaju Malaysia?
Sebab negara itu tidak ada kestabilan politik. Negara itu berdepan dengan
perang saudara begitu lama.
“Kalau kita mempunyai satu keadaan yang rakyat dalam
negara kita bersengketa antara satu sama lain, ataupun kita tidak ada kestabilan
politik maka negara ini tidak akan maju,” katanya ketika berucap di
hadapan  lebih 10,000 penduduk Nabawan
pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, Pensiangan di
sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan
Timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri  Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta  beberapa anggota Kabinet negeri dan
persekutuan.
Menurut Perdana Menteri dalam suasana negara aman serta
politik stabil yang dikecapi kini, rakyat tidak 
seharusnya bersikap ambil mudah anugerah itu, sehingga sewenang-wenang
ingin menukar kerajaan.
“Kita tidak boleh ‘take for granted’ (ambil mudah) hal
keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan
kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan. Tetapi bila negara sudah
aman, harmoni selama ini, kadang-kadang kita lupa, kita ambil mudah. Ada kala
kita merasakan bahawa tak susah, kita boleh tukar kerajaan, tak ada masalah.
“Tetapi tuan-tuan, sekali kita buat silap (dengan
sewenang-sewenang menukar kerajaan), negara dan negeri boleh hancur. Betul
tuan-tuan?,” soal Najib yang disambut dengan suara gemuruh hadirin
“betul”.
Menurut perdana menteri sebagai sebuah kerajaan yang
diterajui parti BN, kerajaan ini telah banyak membuktikan kemampuannya
menyebabkan Malaysia kian maju dari sehari ke sehari.
Katanya kerajaan BN bukan cakap saja atau cuma pandai
menjual janji seperti parti-parti pembangkang sebaliknya BN berterusan bekerja
keras untuk memenuhi aspirasi rakyat tidak terkecuali membawa pembangunan
kepada masyarakat luar bandar.
Najib mengingatkan rakyat bahawa parti pembangkang cuma
pandai ‘membuyuk’ (kelentong) rakyat sahaja 
dengan menjanjikan apa-apa yang mereka tidak dapat tunaikan
semata-semata kerana ingin berkuasa.
“Mereka (pembangkang) ini dalam keadaan tertekan. Ada
orang sudah bersara, dah berumur 93 tahun pun mahu diangkat sebagai perdana
menteri. Di dunia ini mana ada macam ini. Negara lain kalau umur 93 tahun ini
tak pakai lagi. Takkan Malaysia nak pakai. Kita mesti melihat ke hadapan. Bukan
untuk hari ini sahaja tetapi 30 tahun akan datang iaitu Transformasi Negara
2050 (TN50),” katanya.
Menurut Najib perancangan masa depan pembangunan negara
Malaysia yang dirancang hari ini menerusi TN50 adalah untuk masa depan generasi
muda yang ada pada hari ini dan akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebagai contoh katanya pelaksanaan projek Lebuhraya Pan
Borneo bernilai RM20 bilion di Sabah menerusi beberapa fasa, pembinaan Sabah
International Convention Centre (SICC) yang bakal siap pada Oktober tahun ini
serta pemberian dana mudah cara sebanyak RM500 juta kepada Sabah untuk projek
eco-tourism di Tanjung Aru adalah untuk generasi akan datang.
Selain itu, katanya dalam Bajet 2018 juga kerajaan telah
meluluskan RM1 bilion untuk Sabah membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri
ini bagi menyediakan kemudahan pembelajaran selesa kepada pelajar.

Advertisement
Katanya semua ini dilaksanakan melalui pembangunan inklusif
agar penduduk di luar bandar boleh maju seperti rakan-rakan mereka di bandar. –
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel