Connect with us

Berita Lain

Pas Diramal Menang Hanya Lima Kerusi Parlimen Dalam PRU14


ALOR SETAR – Pas diramal hanya mampu memenangi lima kerusi
Parlimen pada PRU14 berdasarkan kepada senario politik semasa.
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Kedah, Datuk
Phahrolrazi Zawawi berkata, senario politik masa kini dilihat tidak memihak
kepada Pas, susulan wujudnya parti serpihan Amanah dan Bersatu.
“Sejarah membuktikan Pas tidak pernah menang banyak, paling
banyak pada 1999, iaitu 27 kerusi Parlimen ketika Allahyarham Datuk Fadzil Mohd
Noor jadi ketua pembangkang,” katanya.
Menurutnya, pencapaian Pas agak teruk ketika bersendirian,
namun prestasi parti itu meningkat ketika bersama BN mahupun Pakatan Rakyat
sebelum ini.
Apabila Pas berpisah dengan BN pada 1974, Pas hanya menang
lima kerusi pada PRU 1978 dan 1982, manakala hanya satu kerusi pada 1986.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika bersama Barisan Alternatif (1999), Pas menguasai 27
kerusi dan beroleh 23 kerusi (2008) serta 21 kerusi (2013) ketika bersama
Pakatan Rakyat.
“Sekarang Pas akan bertanding bersendirian dengan sasarkan
menang 40 kawasan Parlimen, namun saya percaya Pas tidak mungkin dapat lebih
daripada lima kerusi,” katanya.
Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Kedah
berkata, sasaran Pas menguasai 40 kerusi Parlimen adalah cita-cita yang terlalu
tinggi.
“Lima kerusi Parlimen itu pun kawasan yang benar-benar kukuh
sokongan di kawasan Pantai Timur. Untuk Pantai Barat, undi Melayu di situ
berpecah kepada BN dan Pakatan Harapan,” katanya.
Bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah (2009-2013) itu
berkata, pertandingan tiga penjuru akan menyukarkan lagi impian Pas menawan
Putrajaya.
“Jika berlaku tiga penjuru, nak pertahan Kelantan dan tawan
Terengganu pun sukar. Entah apa percaturan dilakukan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang kali ini,” katanya.
Menurutnya, hasrat Pas untuk berperanan sebagai ‘King Maker’
jika BN dan Pakatan Harapan tidak berjaya memperoleh majoriti mutlak pada
PRU14, juga bakal berkubur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Abdul Hadi mungkin hanya mahu suntik semangat ahli dan
penyokong parti untuk berdepan PRU14,” katanya.
Ahad lalu, Pas mengesahkan akan bertanding lebih 130 kerusi
Parlimen di seluruh negara pada PRU14. Abdul Hadi meletakkan sasaran itu kerana
mahu menjadi kerajaan, bukan lagi sebuah parti pembangkang jika memenangi
PRU14.
Pas turut menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi
Parlimen dengan menawan negeri majoritinya orang Islam, iaitu Terengganu,
Kelantan dan Kedah.
Mengulas sama ada tindak tanduk Pas itu memperlihatkan
wujudnya pakatan sulit Pas-Umno, katanya, ia sukar ditelah.
“Perkara itu hanya akan didedahkan pada saat akhir menjelang
PRU14, sama ada berlaku perjanjian kerjasama rasmi yang diumum kepada rakyat
atau kerjasama tidak rasmi wujud antara ketua parti,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel