Connect with us

Berita Lain

Pembahagian Kerusi Harapan Di Sarawak Selesai Sepenuhnya, Kata Mat Sabu


KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi Parlimen Sarawak dalam
Pakatan Harapan yang menggabungkan Bersatu, DAP, Amanah dan PKR bagi menghadapi
PRU14 telah selesai sepenuhnya, kata Presiden Amanah yang juga Timbalan
Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata setakat ini, proses
pembahagian kerusi di Sabah masih lagi dalam peringkat rundingan.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah pengagihan
kerusi yang diperuntukkan bagi setiap parti terlibat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Majlis Presiden pakatan itu dijangka akan mengeluarkan
kenyataan rasmi berhubung pembahagian kerusi-kerusi tersebut sebelum pilihan
raya umum berlangsung.
Pada pilihan raya umum ke-13 DAP menang lima daripada 31
kerusi Parlimen di Sarawak iaitu di Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang
dan Sibu manakala PKR menang di Miri.
Pilihan raya umum yang lepas juga menyaksikan pembangkang
menang tiga daripada 25 kerusi di Sabah, dengan DAP menguasai kerusi Kota
Kinabalu dan Sandakan manakala PKR di Penampang.

Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Jan lalu mengumumkan
pengagihan kerusi Parlimen untuk ditandingi parti komponen itu di Semenanjung
Malaysia telah selesai, dengan PPBM akan bertanding 52 kerusi, PKR (51), DAP
(35) dan Amanah (27). Keseluruhannya 165 kerusi. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel