Connect with us

Berita Lain

Pemuda Harapan Akan Hantar Jemputan Kepada PM Untuk Berdebat Bersama Calon PM Pakatan Harapan


PETALING JAYA – Pemuda Pakatan Harapan akan mengemukakan
satu jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat
bersama calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,
jemputan itu akan dihantar kepada perdana menteri pada minggu ini dan sekiranya
diterima, ia akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
“Kita percaya rakyat mahu melihat apakah dasar-dasar yang
ditawarkan oleh BN dan juga Pakatan Harapan serta bagaimana kita dapat
membandingkan kedua-dua dasar ini.

“Ia adalah perdebatan melibatkan  seorang perdana menteri yang sedang
berkhidmat dengan seorang calon perdana menteri bagi pihak pembangkang yang
utama di negara ini,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, sejajar Malaysia dikenali sebagai sebuah negara
mengamalkan demokrasi terbaik dunia seperti yang diumumkan Najib, program
seperti ini sepatutnya diadakan sebagaimana di negara demokrasi lain, seperti
Amerika, Britain dan sebagainya.
“Oleh sebab itu kami sangat berharap tawaran ini diterima,
dan kita minta agar ia disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen
Malaysia (RTM),”katanya.
Mengulas isu keselamatan, Ketua Penerangan Pemuda Pakatan
Harapan, Ulya Husamudin berkata, pengalaman daripada program Nothing to Hide
banyak membantu mereka untuk memperbaiki keadaan.
“Saya kira dah tak ada masalah kerana kita pun dan belajar
daripada apa yang berlaku selepas apa yang terjadi, dan disebabkan kejadian
seperti itu kami lebih bersedia,”katanya.
Pada 13 Ogos tahun lalu, Program Nothing To Hide 2.0 yang
sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Najib adalam satu pentas tidak menjadi
kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.
Lebih menyedihkan, tercetus pula kekecohan apabila beberapa
hadirin yang berada di dalam dewan itu membaling kerusi serta membakar suar.
Ia berlaku ketika Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu
sedang menjawab soalan salah seorang hadirin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel