Connect with us

Berita Lain

Penganggur Bunuh, Rogol Suri Rumah Akhirnya Dihukum Gantung


KOTA BHARU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung
sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas kesalahan membunuh dan
merogol seorang wanita di Kampung Batu Papan, Gua Musang, pada Mac 2015.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache, menjatuhkan
hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Awari Ahmad, 25, selepas pihak pembelaan
gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes, lapor BH Online.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh
Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan, di sini
antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi, pada 1 Mac 2015.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol
mangsa di lokasi yang sama jam 12.30 tengah malam dan tertuduh didakwa mengikut
Seksyen 376(4) Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan rogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara
18 tahun dan 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza
Razak dan tertuduh diwakili peguam, Latifah Arifin.
Ahmad menerusi penghakimannya berkata, selepas meneliti
keterangan, mahkamah menolak alasan tertuduh yang kononnya tidak berniat untuk
membunuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Berdasarkan perbuatan tertuduh jelas mendapati
tertuduh sebenarnya mempunyai niat untuk membunuh apabila berkali-kali melibas
mangsa menggunakan parang selain mengelar di leher mangsa.
“Pada awalnya, tertuduh hanya membawa kayu sebelum
mengambil parang yang berada di rumah mangsa.
“Malah, kejadian itu disaksikan sendiri anak lelaki
mangsa yang ketika itu berusia lima tahun mengatakan dia melihat tertuduh
menyembelih ibunya ketika tampil memberi keterangan,” katanya.
Ahmad berkata, selepas mangsa cedera akibat dikelar, tertuduh
kemudiannya merogol pula wanita itu dan ketika kejadian tertuduh dalam keadaan
waras.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel