Connect with us

Berita Lain

Pindah Milik Tanah Felda: Isa Samad Beri Keterangan


PUTRAJAYA – Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul
Samad hadir di Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung isu
pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kata Ketua
Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Kenyataan (Mohd Isa) telah selesai diambil pagi tadi
pukul 10 pagi di Bukit Aman,” katanya ketika ditemui media selepas majlis
pelancaran Buku Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2018 di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menubuhkan
pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat
bidang tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Mohamad Fuzi berkata beberapa individu lain yang mempunyai
kaitan dengan kes berkenaan akan 
dipanggil dalam masa terdekat.
“Saya tak perlu dedah (nama mereka) tapi kita akan
susun siapa yang akan dipanggil berikutnya dalam masa terdekat. Kita  akan cuba selesaikan pengambilan kenyataan
yang melibatkan individu berkaitan. Ada beberapa orang lagi,” katanya.
Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko
kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan
bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi
yang diragui sejak 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda
Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai
pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkannya.
Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari
2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan
2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013
hingga 2017. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel