Connect with us

Berita Lain

PM Yakin Anggota Kastam Tak Berundur Walau Diugut


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin
anggota-anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan sama sekali
berundur walaupun mereka ditekan atau diugut ketika menjalankan tugas.

Beliau berkata anggota JKDM menunjukkan komitmen dan iltizam
tinggi untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh kecekapan,
ketegasan dan berintegriti.
“Saya tidak syak dan ragu-ragu bahawa JKDM akan menunjukkan
peningkatan dari segi penyampaian dan perkhidmatan dari setahun ke setahun.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, saya yakin dan percaya dalam apa jua keadaan,
walaupun ditekan dan diugut, walaupun kereta dibakar, anggota Kastam tidak akan
mengundur diri tetapi, sebaliknya, lebih kuat semangat untuk menjalankan
tugas-tugas masing seperti mana yang diamanahkan,” kata beliau semasa berucap
pada Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-36 di sini, hari ini.
Semalam, empat kenderaan milik keluarga Penolong Kanan
Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST JKDM Nur Azman Mat Jini terbakar di hadapan
rumah kuarters yang didiaminya di Presint 11 di sini, dipercayai akibat
perbuatan khianat.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, bahagian hadapan
rumah pegawai kanan kastam itu hampir musnah berikutan api merebak daripada
kenderaan yang terbakar.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata berkata tahun
lepas, JKDM berjaya menyelamatkan hasil lebih RM1 bilion menerusi kejayaan
mematahkan cubaan penyeludupan beberapa komoditi termasuk kenderaan, rokok dan
minuman keras.
Sementara itu, kira-kira 2,000 warga Kastam yang diketuai
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy melafazkan sokongan padu
kepada kerajaan yang dipimpin Najib.
“Marilah kita seluruh warga Kastam bangkit dan pamerkan
semangat taat setia tidak berbelah kepada pimpinan Datuk Seri Najib,” katanya
sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada pegawai dan anggota Kastam.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam ucapan balasnya, Najib menyifatkan sokongan tersebut
sebagai ‘bonus’.
“Saya mendapat bonus kerana ikrar sokongan padu kepada
kerajaan. Terima kasih kepada semua warga JKDM,” katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh
Kastam kepada bekas Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abd Rahman Abd Hamid
manakala Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia Datuk Abdul Rahman Manan
menerima anugerah Tokoh NGO.
Sambutan Hari Kastam Sedunia tahun ini bertemakan
‘Persekitaran Perniagaan yang Selamat Untuk Pembangunan Ekonomi’ dengan memberi
fokus kepada tiga elemen iaitu persekitaran yang kondusif, persekitaran yang
selamat dan persekitaran yang adil dan mampan. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel