Connect with us

Berita Lain

Polis Temui Petunjuk Baharu


PORT DICKSON – Polis Port Dickson menemui beberapa petunjuk
baharu dalam siasatan kes bunuh juruteknologi pergigian, Mahussin Abd Rahim,28.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad
berkata, petunjuk baharu itu akan membantu polis menyelesaikan siasatan kes.
Menurutnya, walau bagaimanapun, pihaknya tidak dapat
mendedahkan petunjuk tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan polis
terhadap kes berkenaan.
“Dalam pada itu, polis masih mengesan motosikal milik
mangsa yang di bunuh jenis Yamaha 15ZR warna kelabu hitam nombor pendaftaran RT
4644. Kehilangan motosikal itu dipercayai ada kaitan dengan kes ini,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, sekitar jam 8.30 pagi di kediaman tingkat empat
kuarters kakitangan klinik kesihatan Lukut mayat Mahussin ditemui oleh rakan
sekerjanya yang datang ke kediaman tersebut selepas dia tidak hadir kerja sejak
Jumaat lalu.
Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian adalah
kecederaan parah di muka dan kepala akibat hentakan objek tumpul.
Polis mengklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di
bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan siasatan polis di lokasi, ketika mayat ditemui,
pintu rumahnya tidak berkunci manakala grill dalam keadaan terbuka dan tiada
kesan geledah mahupun pergelutan.
Mayat dijumpai terbaring di atas tilam di bilik utama dengan
hanya memakai seluar. Terdapat sebuah bantal menutup mukanya dan terdapat juga
kesan percikan darah di bahagian dinding.

Kali terakhir mangsa keluar dengan rakannya pada jam lebih
kurang jam 10malam Khamis lalu di pekan Port Dickson.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel