Connect with us

Berita Lain

Populariti Tok Mat Hasan Jadi Taruhan



MENJELANG PRU14, Negeri Sembilan antara negeri yang menjadi
tumpuan, khususnya pembangkang dalam usaha merampas kepimpinan daripada BN.

Pada PRU13 lalu, daripada 36 kerusi Dun dan 8 kerusi
Parlimen di Negeri Sembilan, BN menang 22 kerusi Dun, DAP 11 kerusi dan PKR 3
kerusi.
Bagi kerusii Parlimen, BN memenang 5 kerusi, DAP 2 dan PKR 1
kerusi.
Prestasi BN pada pilihan raya 2013 itu ternyata lebih baik
berbanding sebelumnya meskipun gagal mendapat majoriti dua pertiga, apabila
berjaya merampas semula kerusi Ampangan daripada PKR dan Paroi daripada Pas,
namun kehilangan kerusi Chennah kepada DAP. 
Banyak pihak berpendapat, BN tidak berdepan kesukaran untuk
kekal menjadi kerajaan negeri, dalam situasi politik semasa yang menyaksikan BN
bukan sahaja berhadapan Pakatan Harapan (Harapan), malah Gagasan Sejahtera yang
disertai Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Laluan mudah BN di Negeri Sembilan itu bersandarkan pengaruh
kuat BN khususnya di luar bandar, aura Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad
Hasan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Populariti ‘Tok Mat Hasan’

Bagi pengundi di Negeri Sembilan, karisma yang dimiliki
Datuk Seri Mohamad Hasan yang mesra dipanggil ‘Tok Mat Hasan’ sukar ditandingi
mana-mana pemimpin pembangkang.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM),
Prof Madya Dr Martadha Mohamad, BN akan kekal menerajui Negeri Sembilan dengan
salah satu faktornya, aura yang dimiliki Tok Mat Hasan.
Beliau juga antara pemimpin yang dilihat bersih daripada isu
peribadi dan boleh dikatakan personaliti Tok Mat Hasan lebih popular mengatasi
Khairy Jamaluddin di peringkat persekutuan.
Menteri besar selama tiga penggal itu kelihatan bersahaja,
dengan ‘loghat nogorinya’ menjadikannya tiada tandingan berbanding pemimpin
pembangkang.
“Tok Mat begitu dihormati dan disegani bukan sahaja dalam
kalangan pemimpin Umno sendiri, bahkan pihak lawan. Beliau juga pemimpin yang
boleh dikatakan tiada isu dan merendah diri membuatkan rakyat selesa,” katanya.
Luar bandar kekal kubu kuat BN

Di Negeri Sembilan, 21 daripada 36 kerusi Dun adalah kawasan
luar bandar, di mana 8 kerusi itu merupakan kawasan Felda yang majoritinya
pengundi kaum Melayu.
Jumlah kerusi luar bandar yang besar itu menyebabkan parti
pembangkang yang ingin menguasai Negeri Sembilan perlu berusaha keras.
Sedia maklum, kawasan Felda merupakan kubu kuat BN dan sudah
tentu pengaruh BN sukar ditandingi pembangkang.
Penduduknya menganggap hanya BN sahaja yang mampu membela
nasib mereka dan menolak sentimen bahawa parti pembangkang dikuasai DAP.
Kegagalan pembangkang menangkis sentimen itu menyebabkan
pengundi luar bandar percaya, DAP dan kaum Cina akan menguasai Negeri Sembilan
dan Malaysia sekiranya mereka menang pada PRU-14 ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kelemahan pembangkang

Sementara itu, kata Dr Martadha, pembangkang khususnya Pas
berdepan kesukaran bagi memenangi sebarang kerusi Negeri Sembilan.
Ini kerana, pada PRU14 kali ini, Pas bergerak tanpa PKR dan
DAP dalam Pakatan Rakyat (sebelum ini) 
menyebabkan Pas kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu.
“Disebabkan Pas bergerak sendiri, maka tiada sokongan bukan
Melayu terutama dikawasan majoriti bukan Melayu. Kemungkinan Pas untuk menang
itu tipis,” katanya.
Oleh itu katanya, kemungkinan Pas untuk menang adalah
dikawasan majoriti Melayu, namun bergantung kepada parti lawan sama ada Harapan
meletakkan Bersatu atau Amanah.
Pada PRU13 lalu, Pas gagal memenangi sebarang kerusi Dun dan
Parlimen di Negeri Sembilan, antara faktornya adalah pertukaran calon disaat
akhir .
Terdahulu Pas Negeri Sembilan yakin tsunami politik Melayu
akan berubah dan memihak kepada parti Islam itu dan mengumumkan akan bertanding
di 8 kerusi Parlimen serta 29 kerusi Dun pada PRU14.

Advertisement
Selain Pas, gabungan parti Islam itu, (Ikatan) juga akan
bertanding di 7 kerusi Dun.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel