Connect with us

Berita Lain

PPBM Tak Boleh Tawan Negeri Sembilan Dengan Fitnah, Kata Bekas Pengasas


PETALING JAYA: Salah seorang bekas pengasas PPBM,
Kamarulazman Habibur Rahman berkata, Pakatan Harapan (PH) khusunya PPBM sukar
merampas Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) kerana rakyat muak
dengan fitnah gabungan pembangkang itu.
Beliau berkata, penduduk Negeri Sembilan mengharapkan
perubahan daripada pembangkang, tetapi ia tidak berlaku.
“Mungkin apa yang berlaku seketika dulu (awal penubuhan
PPBM) mereka melihat kerusi yang dimenangi BN ketika itu tidaklah begitu banyak
perbezaan, jadi peluang itu ada, tapi apa yang berlaku untuk memenangi sesebuah
negeri, kita mesti mempunyai satu mekanisme yang kuat dan boleh diterima
rakyat.
“Kita tidak boleh menang pilihan raya hanya berlandaskan
fitnah, sekali kita jalankan strategi politik fitnah, lama-kelamaan pengundi
akan bosan dakyah yang kita lakukan dan akhirnya temberang ini akan pecah dan
orang tahu perjuangan mereka tidak sama dengan apa yang mereka cakap.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pengaruh PPBM di Negeri Sembilan semakin berkurangan, pada
mulanya penubuhan PPBM ini nampak satu gerakan yang mampu membawa perubahan,
tapi lama-kelamaan pengaruh PPBM ini berkurangan kerana apa yang disajikan
pembangkang tidak seperti dikehendaki rakyat,” katanya kepada FMT.
Untuk rekod, BN memenangi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala DAP
mempunyai 11 kerusi, diikuti PKR 3 kerusi.
Kamarulazman yang juga bekas pemimpin terlibat secara
langsung dalam penubuhan PPBM di Negeri Sembilan berkata, PH terlalu
memfokuskan calon perdana menteri berbanding membuat tawaran kepada rakyat jika
gabungan pembangkang itu menang.
Katanya, hasil pemerhatiannya, tiada pemimpin PH yang layak
menjadi calon perdana menteri, termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Setakat ini, saya tidak melihat orang yag boleh
diketengahkan. Ramai kata Azmin Ali layak, tapi Azmin tidak mendapat sokongan
padu daripada pimpinan PH, malah Azmin belum diuji dan dia belum pernah menjadi
menteri dan tidak nampak kebolehannya, walaupun ramai kata dia layak sebab ada
pengalaman sebagai menteri besar.
“Kalau nak diukur, Azmin mentadbir Selangor dan layak jadi
perdana menteri, maka bagi saya lebih ramai pemimpin daripada Umno yang boleh
lakukan tanggungjawab lebih baik daripada Azmin.”
Beliau mendakwa, PH hanya menggunakan Dr Mahathir untuk
mendapatkan sokongan orang Melayu.
“Pakatan Harapan bukan mengharap Tun jadi perdana menteri,
tapi PH hanya menggunakan Tun untuk pecahkan undi Umno kerana ramai masih
mempunyai sedikit perasaan terhadap Tun yang boleh dibawa menyokong PH.
“Tapi untuk menjadikan Tun sebagai perdana menteri sekali
lagi mustahil. Mereka tidak mungkin mahu seseorang pemimpin yang anti mereka
suatu ketika dahulu memimpin mereka.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kamarulazman menjangkakan PPBM tidak akan menang lebih
daripada 15 kerusi Parlimen dan sukar untuk Dr Mahathir dipilih sebagai perdana
menteri jika jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu kurang daripada 3
parti pembangkang lain.
“Sebagai contoh, DAP menang 35 kerusi, PPBM dapat hanya 15
kerusi. Jadi, adakah PPBM boleh menjadi perdana menteri dengan hanya 15 kerusi?
“Memang mereka kata mereka tanding 52 kerusi, tapi saya
tidak rasa mereka boleh menang lebih daripada 15 kerusi. Nak dapat 15 kerusi
Perlimen bukan mudah.”

Advertisement
Pada 7 Januari lalu, PH mengumumkan peruntukan 52 daripada
semua 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia kepada PPBM, PKR mendapat 51
kerusi, DAP (35) dan Amanah (27).

Sumber: FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel