Connect with us

Berita Lain

RCI Memali: Kedah Sedia Beri Kerjasama


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri bersedia memberikan kerjasama
diperlukan sekiranya kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
untuk menyiasat peristiwa Memali.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
berkata, pihaknya menghormati desakan sesetengah pihak supaya RCI Memali segera
ditubuhkan untuk menegakkan keadilan kalangan keluarga mangsa tragedi itu, lapor Sinar Harian.
“Terpulang kepada kerajaan Pusat, sama ada perlu atau tidak.
Jika ditubuhkan, kita bersedia bantu dan bagi kerjasama diperlukan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, sekiranya keluarga mangsa Memali mahukan
penjelasan insiden berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan kertas putih
Memali sebelum ini, ia mungkin perlu diberikan perhatian.
“Kalau mereka tidak berpuas hati, dan itu yang dilihat perlu
dilakukan, rasanya tiada masalah untuk tubuhkan RCI,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, fungsi RCI Memali adalah sama seperti
RCI lain yang ditubuhkan bagi menyiasat semula perkara yang berlaku.
“Jika ada keperluan apa salahnya, jika rakyat mahu RCI
diwujudkan dan ia keperluan, kita serahkan kepada kerajaan Pusat untuk
pertimbangkan,” katanya.
Tambahnya, sokongan menubuhkan RCI itu juga susulan
peristiwa Memali berlaku di Baling, Kedah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 di Baling yang
mengorbankan 18 orang termasuk empat anggota polis dan ramai lagi cedera ketika
polis melancarkan operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih
dikenali Ibrahim Libya.

Advertisement
Kebelakangan ini, isu itu kembali diperkatakan termasuk
keluarga mangsa yang mendesak RCI ditubuhkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel