Connect with us

Berita Lain

Remaja Sanggup Kayuh Gerek Sejauh 20 Km Semata-Mata Mahu Merealisasikan Impian Bertemu Idola

LANGKAWI – Seorang remaja sanggup mengayuh gerek (basikal)
sejauh hampir 20 kilometer (km) semata-mata mahu berjumpa idolanya, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Muhammad Ridwan Muhammad, 15, pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Mahsuri bersama rakan, Nur Adam Nazrat berbasikal dari rumah
mereka, di Kuah hingga ke Chandek Kura, sebelum meneruskan perjalanan ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat, lapor Sinar Harian.
“Sebaik tahu Tun Mahathir ada di Langkawi, kami rancang nak
swafoto dengan beliau. Kami rancang sehari awal sebab minat sangat dengan Tun.
Kami teruja nak jumpa secara berdepan,” katanya.
Menurutnya, pada mulanya mereka merancang untuk hadir pada
program Sembang Santai bersama Mahathir di Nyiur Chabang, namun dibatalkan
kerana tiada kenderaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Esoknya saya dapat tahu penerbangan Tun Mahathir pada jam 4
petang, ketika itu jam sudah pun jam 3.30 petang.
“Dalam masa setengah jam itu, saya dan Nur Adam nekad
mahu jumpa juga, jadi kami ambil keputusan naik gerek saja,” katanya.
Tanpa berlengah, kedua remaja itu mengayuh basikal selaju
mungkin kerana bimbang tidak sempat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi sebelum jam 4 petang.
“Dari Kuah, kami kayuh hingga ke Chandek Kura kira-kira 18
KM, ketika itu kami dah penat, kaki dah lenguh kayuh. Kalau teruskan mesti tak
sempat jumpa sebab jalan situ agak mencabar berbukit,” katanya.
Akhirnya, Muhammad Ridwan dan Nur Adam meninggalkan basikal
di tempat selamat dan menghubungi Grab Car untuk membawa mereka ke lokasi.
“Cemas sebab ketika itu sudah 3.50 petang, nasib tambang
hanya RM3. Kami sampai sebelum Tun Mahathir tiba, sempatlah hilangkan lelah
tadi,” katanya.
Sebaik kenderaan bekas Perdana Menteri itu tiba, orang ramai
berkerumun mahu bergambar bersama beliau menyebabkan Muhammad Ridwan dan Nur
Adam turut berasak mencari ruang.
“Saya gembira sangat dapat berswafoto, dapat juga sembang
sekejap. Tun pesan suruh rajin belajar dan solat, jangan cicir sekolah dan
jawab peperiksaan PT3 dengan baik. Itulah kenangan paling manis tahun ini,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurutnya, pengalaman itu pasti tidak dapat dilupakan
walaupun pulang dalam hujan renyai dan tertidur sebaik tiba di rumah akibat
kepenatan.
“Saya minat Tun sejak belajar subjek Sejarah waktu sekolah
rendah lagi, kemudian saya banyak baca kejayaan dan kisah hidup Tun melalui
internet. Saya juga mengikuti perkembangan beliau menerusi laman sosial,”
katanya.
Muhammad Ridwan turut kagum dengan kejayaan negara bawah
pemerintahan Mahathir dan sedih kerana negarawan itu dihina kebelakangan ini
hanya kerana perbezaan parti politik.
“Rakyat Malaysia harus hargai jasa Tun bangunkan negara,
kisah hidup beliau boleh dijadikan inspirasi,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel