Connect with us

Berita Lain

Salam Takziah Buat Pakatan Harapan: Anina


SHAH ALAM – Tindakan Pakatan Harapan (Harapan) yang
meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh
jika menang PRU14 disifatkan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu.
Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata,
keputusan itu bukanlah keputusan sebulat suara memandangkan, tidak sampai
beberapa jam pengumuman itu, bait-bait perpecahan dalaman sudah timbul.
“Sebelum berlangsung konvensyen, Amanah Johor memboikot
Konvensyen Harapan, difahamkan Amanah Perak juga memboikot konvensyen tersebut.
“Terdapat sumber dalaman memberitahu sudah mula suara tidak
berpuas hati dalam kalangan pemimpin serta ahli Amanah yang rasa tertipu sebaik
pengumuman Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri,” katanya dalam
kenyataannya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, terbaharu, PKR Selangor juga mengeluarkan kenyataan
mengkritik serta kecewa dengan keputusan yang dibuat.
“Takziah kepada pembangkang, nampaknya keputusan yang
diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik
sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri.
“Pengumuman tersebut sebenarnya tidak memberikan sebarang
kesan tetapi sebaliknya memberikan implikasi buruk kepada mereka sehingga
menambah kecelaruan dan tidak mustahil bakal mengundang perpecahan dalaman
dikalangan rakan parti dalam gabungan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ainina berkata, meletakkan Tun Mahathir
membuktikan Harapan ketandusan ‘winnable candidates’ boleh menang yang diharap
mampu menjadi ‘winnable government’ apabila masa PRU14 nanti.
“Sekarang Bersatu boleh tersenyum dengan kerusi Parlimen di
Semenanjung paling banyak mereka peroleh, namun perlu diingat tanpa kerjasama
dan persefahaman dengan rakan parti lain mustahil mereka mampu bergerak
bersendirian untuk berdepan pilihan raya kerana jentera yang dimiliki tidak
sekuat rakan parti seperti Amanah dan PKR.
“Jika Amanah Johor dan Perak serta PKR kecewa dengan
keputusan pencalonan semasa konvensyen itu, rakyat di bawah ini pastinya lebih
kecewa apabila mereka meletak calon yang sudah banyak kali melakukan onar
kepada negara,” ujarnya.
Pada masa sama, Ainina berkata, pemilihan Mahathir juga
memberikan petunjuk, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya mampu berdiri di
belakang ayahnya.
“Ternyata Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin hebat
dalam Harapan, bukan mana-mana pemimpin lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yasin.
“Bukan juga Mukhiz yang jauh ketinggalan dari bapanya. Pada
usia Tun Mahathir 93 tahun juga Mukhriz gagal mengatasi bapanya,” katanya.
Ainina turut menyifatkan Mukhriz sebagai pemimpin muda
paling gagal dan tidak layak mendepani masa depan generasi millennial Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Besar namun terpaksa berpaut
di belakang bapanya apabila lemas dalam survival politiknya sendiri.
“Syabas sekali lagi untuk Tun Dr Mahathir. Tahniah juga
kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk meletak anaknya, Mukhriz sebagai
perdana menteri baharu nanti dan takziah kepada pembangkang kerana
dipergunakan.
“Kepada seluruh pengundi Malaysia, tepuk dada tanyalah
selera marhaen. Jangan terpedaya selera ahli politik di depan mata.
Semalam, menerusi Konvesnyen Pakatan Harapan 2018, Tun
Mahathir diumum sebagai perdana menteri jika Harapan menang pada PRU14 ini.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan disandang,
Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel