Connect with us

Berita Lain

Saya Ada Simpan Hasrat Jadi Pemimpin, Kata Mukhriz



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz
Tun Dr Mahathir memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau ada
menyimpan hasrat untuk menjadi pemimpin tetapi bukan melalui “pakatan sulit”
seperti didakwa bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu
berkata setiap orang yang berada di arena politik pasti menyimpan hasrat untuk
menjadi seorang pemimpin termasuk menjadi seorang perdana menteri, namun hasrat
tersebut hendaklah lahir dengan hati yang suci kerana tanggungjawab yang akan
dipikul adalah amanah besar kepada negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mukhriz, 53, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer
Hitam, Kedah itu berkata demikian menerusi pernyataan saksi yang dikemukakan di
mahkamah pada hari pertama perbicaraan kes saman difailkannya terhadap Abdul
Aziz selaku defendan berhubung dakwaan isu pakatan sulit melibatkan dirinya dan
penasihat DAP Lim Kit Siang.
“Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, sekiranya saya
bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, niat dan cita-cita itu tidak boleh
dijadikan asas atau justifikasi kepada defendan untuk mencemuh dan menuduh
terdapat “perjanjian rahsia” atau “pakatan sulit” atau
“pergerakan rahsia” di antara (bapa saya Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan
Kit Siang untuk mengangkat saya sebagai perdana menteri dan Kit Siang sebagai
timbalan perdana menteri,” katanya.

Mukhriz memfailkan saman itu pada 7 Feb 2017 dengan mendakwa
pada 30 Dis 2016, defendan telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang
Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ yang dilaporkan di dalam
blog AIDCNews. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel