Connect with us

Berita Lain

Saya Tak Takut Dengan Siasatan Polis, Kata Tun Siti Hasmah


DR Siti Hasmah Mohd Ali berkata beliau tidak tertekan dan
malah sama sekali tidak takut dengan siasatan yang dilakukan polis terhadapnya
kerana yakin beliau tidak bersalah.
Isteri kepada Dr Mahathir Mohamad itu berkata, polis yang
menyoal siasatnya semalam hanya bertanya tentang ucapan dan penglibatannya
dalam satu perhimpunan aman tahun lalu.
“Saya tak rasa tertekan sebab saya tidak buat salah,” kata
Dr Siti Hasmah kepada The Malaysian Insight di Kuala Lumpur hari ini.
“Dia tanya siapa penganjur? Sama ada saya penganjurnya atau
tidak.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, polis menyoal siasat Dr Siti Hasmah di Pejabat
Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur berhubung ucapannya pada rapat umum menuntut
politik bersih di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 10 September
tahun lalu.
Pada perarakan yang diberi nama Wanita Bantah Politik Toksik
itu, Dr Siti Hasmah, 91, memberikan ucapan ringkas dari atas sebuah trak pikap
kepada ketika lebih 1,000 wanita yang berpakaian serba ungu yang berarak dari
Maju Junction ke Kompleks Pertama.
“Dia datang nak tanya saja kenapa saya hadir ke perhimpunan
itu. Itu saja,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan
Harapan (PH) memberitahu The Malaysian Insight, mereka terbuka kepada sebarang
siasatan polis sekiranya undang-undang memerlukan untuk berbuat demikian.
“Kita ikut peraturan. Kalau peraturan kata polis kena soal,
soallah. Kita bukan orang yang ketepikan undang-undang.
“Yang ketepikan undang-undang, kerajaan. Kami ikut
undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, peguam yang menemani Dr Siti Hasmah semasa soal
siasat itu Haniff Khatri Abdulla berkata, kedua-dua pegawai polis dari Bukit
Aman “tersipu-sipu” dan “malu-malu”.
“Mereka juga memohon maaf. Mereka jelas kelihatan malu
dan jelas tidak selesa kerana terpaksa mengambil kenyataan daripada negarawan
seperti itu,” kata Haniff kepada The Malaysian Insight.
Sementara itu, pengguna media sosial di Facebook dan Twitter
melahirkan kekesalan dengan tindakan polis menyoal Dr Siti Hasmah berhubung
ucapannya semasa “Himpunan Ungu” pada 10 September tahun lepas.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria
Chin Abdullah dan ahli G25, Noor Farida Ariffin, yang menyaksikan wanita
bersatu menentang situasi semasa politik Malaysia, yang digambarkan sebagai
“toksik”.

Sumber: The Malaysian Insight

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel