Connect with us

Berita Lain

Selain Johor, PPBM Atasi Parti Lain PH Di 3 Negeri

Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PPBM dan para Pimpinan Parti PPBM dalam Perhimpunan
Agung Tahunan (pertama) PPBM 2017.

PETALING JAYA: PPBM mengatasi parti lain dalam Pakatan
Harapan (PH) dalam bilangan kerusi yang akan ditandinginya di 4 negeri di
Semenanjung Malaysia, menurut keputusan rundingan agihan kerusi gabungan itu.
PPBM akan bertanding bilangan kerusi paling banyak di Johor,
Perak, Pahang dan Kelantan, iaitu antara 52 kerusi yang diberikan kepada parti
serpihan Umno itu.
Di Johor, selain kerusi Pagoh yang kini dipegang presidennya
Tan Sri Muhyiddin Yassin, PPBM akan bertanding di Mersing, Tenggara, Sri
Gading, Pengerang, Pontian, Muar, Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Tanjong Piai.
Daripada 10 kerusi tersebut, 2 daripadanya dimenangi calon
MCA pada pilihan raya umum (PRU) 2013.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dengan pengecualian kerusi Muar, kesemua 10 kerusi yang
bakal ditandingi PPBM dimenangi BN pada PRU lalu dengan majoriti agak selesa.
Di Muar, Datuk Razali Ibrahim dari BN menewaskan calon PKR
Nor Hizwan Bin Ahmad dengan majoriti hanya 1,646, walaupun pada PRU 2008 Razali
menang selesa dengan majoriti 4,661.
Johor dianggap negeri penting kepada PPBM disebabkan
presidennya yang merupakan satu-satunya wakil rakyat parti itu di Dewan Rakyat.
Pemerhati juga melihat politik Johor, yang merupakan negeri
kelahiran Umno, agak berlainan dengan negeri lain. Antaranya ialah kerana
kerabat diraja Johor yang dilihat mengambil tahu secara dekat pentadbiran
negeri itu, di samping kerap memberikan pandangan dan kritikan terbuka.

Sebelum ini, PPBM mengakui pengaruh Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar yang tidak boleh diabaikan, dan oleh itu berusaha mendekati istana di
sebalik hubungan kurang mesra dengan Pengerusi PPBM yang juga calon perdana
menteri PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Baginda (Sultan Ibrahim) mungkin bimbang untuk bekerjasama
dengan Dr Mahathir, tetapi inilah di mana kita perlu bina jambatan,” kata ahli
Majlis Tertinggi PPBM kepada FMT baru-bari ini.
“Apa yang perlu kita lakukan adalah memberikan jaminan
kepada semua kerabat bahawa kuasa sultan kekal di negeri masing-masing dan
pendapat mereka mengenai mana-mana undang-undang yang diluluskan tidak akan
diabaikan,” katanya.
Sejarah hubungan Dr Mahathir dan istana Johor membawa balik
ke tahun 1993, ketika beliau sebagai perdana menteri melancarkan kempen
besar-besaran menghapuskan imuniti raja-raja Melayu di bawah undang-undang.
Ia berikutan kontroversi membabitkan seorang jurulatih hoki,
Douglas Gomez yang dikasari Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan
Ismail, ayah kepada Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim adalah secara 2 raja Melayu yang secara
terbuka mengkritik Dr Mahathir, selain Sultan Selangor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sultan Ibrahim tidak senang dengan tentangan Dr Mahathir
terhadap projek Forest City berhampiran Johor Bahru, selain isu “lanun Bugis”,
gelaran yang digunakan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, PKR akan bertanding di 8 kerusi Parlimen di
Johor, iaitu Sembrong, Pasir Gudang, Batu Pahat, Tebrau, Johor Baharu,
Sekijang, Ledang dan Segamat.
Keputusan meletakkan semula calon PKR di Johor Bahru mungkin
tidak memeranjatkan, walaupun kerusi itu merupakan kubu kuat veteran Umno, Tan
Sri Shahrir Samad, yang juga pengerusi Felda.
Pada 1988, Shahrir mengejutkan politik negara apabila menang
pada pilihan raya kecil Johor Bahru sebagai calon bebas, selepas beliau keluar
Umno susulan pemecatannya daripada Kabinet oleh perdana menteri ketika itu Dr
Mahathir. 
Shahrir mengalahkan calon Umno ketika itu dengan majoriti besar,
dengan menerima 64% undi sebagai calon bebas berbanding hanya 53% ketika
bertanding sebagai calon BN pada PRU 1986.
Pada PRU lalu, kubu kuat Shahrir itu cuba dibolosi Jen. (B)
Tan Sri Hashim Hussein dari PKR. Walaupun tewas, Hashim menerima jumlah undi
besar, iaitu 34,151, sekaligus mengurangkan peratusan undi Shahrir kepada 57%,
berbanding 70% sebelumnya.

Advertisement
Sumber: FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel