Connect with us

Berita Lain

Serangan Tun M Terhadap PAS Punca Gagal Rundingan


KOTA BHARU: Serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap PAS menjadi punca kegagalan rundingan untuk parti itu mengadakan
kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tahun lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang turut
terbabit dalam rundingan berkenaan, berkata walaupun Presiden PPBM, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang melakukan
perbincangan, namun segala keputusan banyak tertakluk kepada persetujuan Dr
Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi, bagi saya, tidak pelik kenapa Dr Mahathir
menyerang PAS kerana beliau sudah sememangnya begitu. Namun, mungkin kali ini
dia ibaratkan melepaskan semua ‘pelurunya’ susulan usahanya mendapatkan
kerjasama dengan PAS gagal.
“Serangan Dr Mahathir terhadap PAS adalah biasa, jika
beliau puji PAS, itu menjadi luar biasa. Beliau juga terkenal sebagai individu
yang terlalu anti kepada orang beragama termasuk terbaharu mengenai mufti,”
katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Kelmarin, Dr Mahathir ketika ucapan penggulungan pada
perhimpunan agung tahunan PPBM, dilaporkan berkata, mufti sepatutnya menegur
amanat Abdul Hadi pada 1981.
Pengerusi PPBM berkenaan turut mendakwa, kegagalan mufti
menegur amanat berkenaan mendorong penyokong PAS menentang UMNO dan Barisan
Nasional (BN) dengan keganasan seperti peristiwa Memali pada 1985.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),
Takiyuddin berkata, pihaknya sudah melakukan persediaan menghadapi PRU termasuk
meletakkan 30 peratus calon muka baharu yang akan bertanding di Kelantan.
“Walaupun tahun ini kita menghadapi PRU, namun Muktamar
PAS tetap diadakan seperti biasa dengan melihat keadaan nanti.

Advertisement
“Kita menetapkan Muktamar PAS Pusat pada 4 hingga 6 Mei
ini di Pahang selepas mesyuarat PAS peringkat cawangan seluruh negara diadakan
bermula esok (40 hari), serta peringkat kawasan bermula 11 Februari (36
hari),” katanya.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel