Connect with us

Berita Lain

Tanah FELDA: Audit Forensik, Siasatan Polis Diteruskan – PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan
audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah milik Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak, di sini akan tetap diteruskan
walaupun Felda telah mendapat kembali hak milik tanah itu.
“Alhamdulillah, tanah Jalan Semarak FELDA telah
dikembalikan tanpa sebarang kos. Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit
forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” kata perdana menteri
di laman Twitternya, hari ini.
Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan
Felda telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy
Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang
melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November
2016, diperoleh menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara
Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda.
Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko
kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan
bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi
yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda
Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju
utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel