Connect with us

Berita Lain

Tsunami Melayu Bakal Menangkan Harapan, Kata Mat Sabu

Foto: Malay Mail

PUTRAJAYA – Tsunami Melayu yang bakal ‘melanda’ dalam PRU14
nanti, didakwa akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (Harapan).
Ini menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, beliau melihat
sendiri perubahan itu dan dakwanya orang Melayu kini mula beralih arah kepada
Harapan.
“Kami (Harapan) sudah jelajah kawasan pedalaman
misalnya di Langkawi, Pendang (Kedah) sambutan orang Melayu semakin
menggalakkan dan saya yakin perubahan sedang berlaku untuk orang Melayu
sendiri.
“Jadi pada perkiraan saya, Tsunami Melayu akan memihak
pada Harapan sebab dahulunya isu yang dimainkan jika Harapan menang calon
perdana menteri (PM) adalah Lim Kit Siang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kini dengan pengisytiharan Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri
kelapan, jadi isu itu sudah dapat dikurangkan,” katanya kepada Sinar
Online di ibu Pejabat Yayasan Perdana, di sini hari ini.
Jelasnya, pencalonan Tun Mahathir sekaligus memberi impak
positif kepada pengundi Melayu.
“Orang nampak Tun M, sebagai Melayu perdana menteri
akan datang,” katanya.
Harapan sebelum ini dalam Konvensyen mereka menamakan Tun
Mahathir sebagai calon perdana menteri seandainya Harapan membentuk kerajaan
selepas PRU14 nanti.
Sementara itu, menyentuh mengenai kesedian Pas untuk menjadi
kerajaan selepas PRU14 nanti, Mohammad Sabu menjelaskan itu hak Pas.
“Biarlah…. itu hak mereka (Pas),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sinar Harian sebelum ini melaporkan segala spekulasi dan
khabar angin terhadap Pas, dengan beberapa dakwaan bahawa parti itu akan
bertanding kurang daripada 100 kerusi Parlimen kini telah ditepis, apabila
parti berkenaan mengesahkan bahawa mereka mungkin bertanding di lebih 130
kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.

Advertisement
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau
meletakkan sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen
kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya
memenangi PRU14.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel