Connect with us

Berita Lain

Tun M: Banyak Cuti, Macam Mana Nak Maju?


CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
membidas amalan cuti umum yang dipraktikkan negara ketika ini.
Menurut beliau, terlalu banyak cuti hanya akan membuatkan
negara ketinggalan berbanding negara maju lain.
“Kalau kita lihat cuti di Malaysia cukup banyak, tak
payah kerja. Kalau cuti Jumaat, Sabtu, Ahad, tambah Isnin… empat hari tak
kerja tapi negara jalan, kerajaan jalan.
“Kita tekan butang automatik lepas itu balik tidur.
Saya tak setuju walaupun cuti hari Sabtu.. 
kalau boleh kerjalah sebab kita belum tahap negara maju,” katanya
dalam Forum Bicara Wawasan 2020, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya lagi, Malaysia hanya akan mencapai status negara
maju jika rakyatnya bekerja lebih kuat, lapor Sinar Harian.
“Tapi kita asyik cuti, menang bola pun cuti. Semua
tunggu nak cuti,” katanya.
Pengerusi Bersatu itu juga menegur sikap masyarakat Malaysia
yang kurang komitmen dalam melakukan sesuatu perkara.
“Kita suka kalau boleh kerja kurang tapi gaji nak
lebih,” katanya.
Forum yang berlangsung tiga jam itu turut disertai Pengasas
Kumpulan Sigur Ros, Mohd Azmadi Fadzil dan Ketua Kumpulan Eksekutif hartabumi.com,
Radzi Tajuddin sebagai ahli panel serta Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman sebagai moderator.

Selain mendengar pandangan Mahathir mengenai Wawasan 2020,
peserta turut diberi peluang mengemukakan idea bagi mencapai negara maju.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel