Connect with us

Berita Lain

Tun M, Hentikanlah Sengketa Dengan Umno



SHAH ALAM – Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad
diminta menghentikan sengketa dengan parti rumpun Melayu itu.

Ini kerana menurut Exco Wanita Umno, Datuk Jamelah Abu
Bakar, apa yang dilakukan Mahathir kini boleh merosakkan perpaduan negara.
“Saya akui, memang Mahathir seorang yang berjasa kepada
parti (Umno) dan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya harap, walau apa pun pendapat beliau, meskipun
tidak bersetuju dengan kepimpinan sekarang, jangan sampai merosakkan perpaduan
negara,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Jamelah bagaimanapun enggan bercakap buruk mengenai
Mahathir.
“Kita ingin mengenang beliau sebagai seorang yang
pernah berjasa untuk negara, saya tak mahu ingat hal atau perkara tidak elok
berkenaan Mahathir di akhir usianya.
“Saya tidak mahu marah atau kutuk Mahathir, ibarat
seorang bapa yang marahkan kita, tak kan kita mahu lawan bapa kita?”
jelasnya.
Meskipun hati ‘tercalar’ dengan perbuatan Mahathir, Jamelah
mengingatkan Mahathir yang Umno masih menggantung potretnya sebaris dengan
pimpinan lain di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga hari ini.
“Walaupun Mahathir kini menentang Umno, potretnya di
PWTC tidak pernah diturunkan dan masih diletakkan sebaris dengan pemimpin
lain,” katanya lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel