Connect with us

Berita Lain

Tun M Jadi PM: Ku Li, Jangan Buat-Buat Lupa


KUANTAN – Pakatan Harapan (Harapan) menempelak kenyataan
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kenyataan pemimpin
itu bahawa tiada jaminan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri
sekali lagi.
Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Monogaran berkata, Tengku
Razaleigh sudah lupa peruntukan undang-undang membenarkan lantikan individu
sama sebagai perdana menteri.
Menurutnya, Mahkamah Persekutuan ada menjelaskan mana-mana
individu boleh dilantik sebagai perdana menteri jika boleh menyakinkan Yang Di
Pertuan Agong serta mendapat sokongan daripada ahli Parlimen untuk membentuk
kerajaan baharu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika syarat itu dipenuhi, pasti lantikan itu boleh
direalisasikan dan kerajaan boleh ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika membidas kenyataan Tengku
Razaliegh mengenai isu tersebut pada Konvensyen Harapan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Monogaran berkata, DAP Pahang menyokong
penuh pelantikan Tun Mahathir sebagai perdana menteri.
“Parti gabungan Harapan serius melantik beliau untuk
menerajui negara, sekiranya Harapan berjaya menumbangkan Umno dan BN,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, Tengku Razaliegh mempersoalkan sama ada Tun
Mahathir bersungguh-sungguh  mahu
melaksanakan reformasi institusi sekiranya menjadi perdana menteri nanti.
Katanya, melihat kepada sejarah 22 tahun Tun Mahathir
memimpin kerajaan BN dari 1981 hingga 2003, serta usianya, Tengku Razaleigh
berkata hanya masa akan tentukan sama ada Tun Mahathir akan membawa kelahiran
semula Mahathirisme.
Menyentuh isu tersebut, Monogaran berkata, tidak mustahil
Tun Mahathir boleh berubah kerana beliau kini berada sebumbung di bawah
Harapan.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel