Connect with us

Berita Lain

Tun M Mungkin Mahu Terus Berkuasa


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan memiliki
agenda sendiri untuk kembali berkuasa dan aktif dalam pentadbiran negara
apabila memutuskan untuk menerima pelawaan menjadi calon Perdana Menteri
pembangkang.
Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan, berkata jika bekas
Perdana Menteri ke empat itu hanya mahu menjatuhkan UMNO dalam Pilihan Raya
Umum (PRU) akan datang, beliau tidak perlu menerima pelawaan itu.
“Bagaimanapun penerimaan beliau sebagai calon Perdana
Menteri dianggap menyerlahkan niat tersirat mengapa beliau menongkah arus
dengan UMNO.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Besar kemungkinan Dr Mahathir mahu aktif semula dalam
pentadbiran negara kerana jika dicongak sekadar hanya mahu singkirkan UMNO,
sebenarnya (Dr Mahathir) tidak perlu sampai kepada menerima pencalonan
itu,” katanya.
Beliau menjelaskan, agenda sulit ini yang menyebabkan wujud
kesangsian dalam kalangan pemimpin dan ahli akar umbi parti pembangkang.
Beliau berkata Dr Mahathir akan memiliki kuasa yang besar
dan boleh melakukan segalanya termasuk kekal dalam jawatan itu jika dilantik
perdana menteri.
“Ini termasuk melaksanakan projek yang sama ada sudah
dibatalkan atau diubah ketika Datuk Seri Najib Razak mentadbir.
“Jika ditinjau dari sudut politik pula sudah pasti
mereka (pemimpin pembangkang) yang menyokong Dr Mahathir akan raih manfaat
kemudian,” katanya.
Mengulas bantahan berterusan ahli pembangkang, Azmi berkata,
ia mungkin terbit dari kesangsian mereka terhadap niat dan perancangan masa
hadapan Dr Mahathir sendiri apabila menjawat jawatan Perdana Menteri.
“Kesangsian sebegini timbul kerana dari awal lagi Dr
Mahathir menyatakan beliau tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri
apabila serangan terhadap Najib dimulakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tetapi kini timbul tanda tanya dalam kalangan pemimpin
pembangkang sendiri apakah Dr Mahathir sedang mempergunakan pembangkang untuk
bukan sahaja jatuhkan UMNO tetapi juga mahukan jawatan tertinggi negara,”
katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah
Soon Hai, berkata Dr Mahathir adalah individu yang mahukan supaya semua orang
boleh mengikut telunjuknya.
Atas dasar itulah, kata beliau, Dr Mahathir setuju dengan
pelawaan supaya diangkat sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan
pembangkang itu menang PRU akan datang.
Beliau menyifatkan sikap Dr Mahathir yang mahu orang lain
mengikut telunjuknya itu yang menimbulkan masalah kepada pihak lain.

– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel