Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir Hanya Cari Publisiti


PASIR GUDANG – Kritikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
Mohamad terhadap projek pembangunan mega, Forest City hanya untuk mencari
publisiti.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, beliau turut mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang
menghalakan perhatian dan fokus terhadap projek pembangunan di atas tanah
seluas 0.01 peratus daripada keluasan negeri ini.
“Tun Mahathir kalau dia tak kritik itu, dia bukan Tun
Mahathir. Dia memang nak cari publisiti. Saya dah beritahu banyak kali, Forest
City itu hanya merupakan 0.01 peratus daripada negeri Johor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi Dr Mahathir, mengapa hala perhatian dan fokusnya
kepada 0.01 peratus daripada negeri Johor? Buat lah macam Kerajaan Johor,
sekurang-kurangnya dalam soal agama Islam kita pasti agenda kita. Kita nak
kuatkan orang Islam yang 60 peratus Johor itu. Kuat dalam agama. Itu ‘atleast
60’ peratus, ini dia 0.01 peratus. Jadi janganlah terpengaruh,” katanya
pada sidang media Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ)
Fasa 5 di SAKJ Bandar Seri Alam 2 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Forest City ketika berucap kepada perwakilan
Bersatu pada Mesyuarat Agung Bersatu, baru-baru ini.
Mohamed Khaled berkata, seperti yang pernah diucapkannya,
Johor tidak memiliki sumber asli yang besar dan berharga seperti minyak, gas
dan balak seperti negeri-negeri lain.
“Kita tak da minyak, kita tak da gas, kita tidak lagi
beri galakan untuk tebang balak. Kita ‘zero’, kita tak da hasil. Jadi kita
bangunkan (tanah) yang (berkeluasan) kecil itu untuk kita melonjakkan
pertumbuhan ekonomi Johor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau Johor tak da berlakunya pertumbuhan ekonomi,
kita tak boleh bawa kemajuan kepada rakyat. 
Kita tak boleh bina banyak lagi sekolah agama. Johor tak da sumber asli
penting macam Sabah, Sarawak, Terengganu dan sebagainya,” katanya.
Selain itu, katanya, Johor juga tidak seperti Selangor yang
terletak di Lembah Klang, di mana limpahan manfaat daripada kerajaan pusat
turut dirasai negeri tersebut.

Advertisement
“Johor tak da. Johor kena fikir bagaimana cara dia nak
bangun sendiri. Jadi dengan Dr Mahathir hala Forest City, dia tidak membantu.
Dia tak faham Johor, dia hanya faham Lembah Klang,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel