Connect with us

Berita Lain

UMNO P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Dr Mahathir


BUKIT MERTAJAM – UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan
polis susulan pelbagai kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan cuba mempengaruhi rakyat untuk
menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh
Fadzir berkata pihaknya mendapati Mahathir, 92, membuat banyak kenyataan yang
dilihat cuba mempengaruhi rakyat untuk menggulingkan perdana menteri menerusi
proses tidak demokratik.
“UMNO Pulau Pinang mahu polis menjalankan siasatan segera
berhubung tindakan dan usaha Mahathir yang ingin menggulingkan perdana menteri
seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya (Mahathir).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tindakan beliau dilihat sangat berbahaya dan boleh
mengganggu-gugat keamanan serta kestabilan politik negara… Sebab itu kami (UMNO
Pulau Pinang) hari ini tampil membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui
pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang
Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.
Beliau berkata sepatutnya Mahathir memberi ruang dan peluang
kepada Najib untuk menjadi perdana menteri mengikut caranya sendiri kerana
setiap perdana menteri ada cara tersendiri untuk memimpin negara.
Musa berkata Mahathir juga harus menerima hakikat zaman
pemerintahannya telah berakhir dan beliau juga sepatutnya berlapang dada
menerima corak pentadbiran Najib.
Beliau berkata Mahathir perlu akur dengan perubahan yang
berlaku serta memberi ruang kepada Najib melaksanakan agenda pembangunannya
untuk memacu negara ini ke arah yang lebih maju.
“Sekarang zaman Mahathir telah berakhir jadi biarlah Najib
yang mencorakkan pemerintahannya sendiri kerana masing-masing ada cara berbeza.
Tak semua pemimpin boleh perintah dengan cara sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mahathir pun harus ingat beliau jadi pemimpin atas jasa
anggota UMNO dan Barisan Nasional jadi janganlah pula apabila tiada jawatan,
mula hentam kerajaan dan Najib malah sanggup hasut rakyat untuk gulingkan
kerajaan yang ada,” katanya.
Beliau berkata sebagai seorang negarawan, Mahathir
sepatutnya harus memperkuatkan UMNO dan membantu parti apabila tidak lagi
berkuasa dan bukannya bertindak seperti sekarang yang cuba menghancurkan
negara.
“Dulu apabila beliau memecat timbalan perdana menteri yang
juga Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami orang UMNO
terasa kerana pemimpin kami dilucutkan jawatan tapi kami akur atas dasar
menghormati keputusan beliau.

Advertisement
“Tapi sekarang tindakan beliau seolah-olah Anwar menjadi
mangsa keadaan dan cuba berbaik-baik pula dengan orang yang dizaliminya suatu
ketika dahulu,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel