Connect with us

Berita Lain

[ VIDEO & GAMBAR ] “Mak” Guard Sekolah Yang Cantik Dan Comel


SAYA tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya
kelas bawahan, asalkan saya buat kerja halal untuk menampung keluarga,” kata
Sri Mahyuni Munif, 19, pengawal keselamatan wanita yang tular di media sosial
sejak semalam.
Sri Mahyuni yang mesra dengan panggilan Yuni berkata, dia
mula menjadi pengawal keselamatan sejak Januari tahun lalu dan memilih
pekerjaan itu kerana sukakan kanak-kanak.
Di sebalik senyuman gadis yang berkhidmat di sebuah sekolah
kebangsaan di Kampung Datuk Keramat itu, pelbagai kisah sedih terpaksa dilalui
sepanjang zaman remajanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menurut Yuni yang juga anak sulung daripada dua beradik,
lima tahun lalu dia terpaksa menamatkan persekolahannya di tingkatan dua kerana
mahu bekerja untuk membantu menyara keluarga selepas bapanya berusia 54 tahun
mengalami masalah kesihatan.



“Ayah pernah kemalangan kira-kira 20 tahun lalu dan kesan
dari kemalangan itu lebih buruk selepas dia bekerja sebagai buruh binaan
menyebabkan tulang dan badannya sakit-sakit sehingga tidak lagi berdaya
mengangkat barang berat.
“Saya meminta ayah berehat dan saya sanggup berhenti sekolah
untuk bekerja demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain
membantu ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Biarpun ayah berkeras meminta saya jangan berhenti sekolah,
saya terpaksa lakukan kerana tidak sanggup melihat ayah bekerja dalam kesakitan
demi mencari sesuap nasi untuk keluarga,” katanya ketika ditemui di sekolah,
hari ini.
Menurutnya, dia pernah bekerja sebagai juruwang, jurujual
dan pembantu kedai fotostat sebelum berkhidmat sebagai pengawal keselamatan
awal tahun lalu untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan
adiknya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
ini.
Kata Yuni, bekerja sebagai pengawal keselamatan sangat
mencabar dan banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi terutamanya tohmahan
dilemparkan segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap kerja pengawal
keselamatan.

Kadang-kadang ada sesetengah ibu bapa melanggar peraturan
dan tidak mahu mendengar arahan saya, sebab anggap kerja pengawal ini adalah
golongan bawahan.
“Tetapi hati saya terubat apabila melihat kanak-kanak dan
bermain dengan mereka. Ramai murid di sekolah rapat dengan saya dan ada yang
menangis kerana terpaksa berpisah selepas tamat darjah enam,” katanya yang
menetap di Ampang.

Sejak pagi semalam, beberapa gambar Yuni memakai pakaian
seragam pengawal keselamatan tular di laman sosial serta menerima pelbagai
reaksi netizen selepas rakan setugasnya memuat naik gambar itu di Facebook.


Yuni berkata, dia terkejut apabila menyedari perkara itu dan
terpaksa menerima dengan hati yang terbuka terhadap pelbagai kecaman netizen
yang memberikan komen negatif.
“Saya tidak kisah orang nak cakap apa kerana mereka tidak
tahu apa yang berlaku dan saya jadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk
saya terus kuat menjadi seorang pekerja yang lebih bermotivasi.
“Ada yang cakap kononnya saya pinjam baju ibu atau kawan,
dan menunjuk-nunjuk kepada netizen tapi saya hanya mampu senyum.
“Saya ambil pandangan yang bersih-bersih saja, yang
buruk-buruk saya tak nak fikir kerana bimbang memberi kesan kepada diri
sendiri,” katanya yang masih bujang.

Yuni juga turut menerima pujian dan pandangan positif
netizen yang mengatakan dia boleh dijadikan inspirasi kerana tidak memilih
kerja meskipun mempunyai paras rupa yang menarik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, rakan setugas Yuni yang mahu dikenali sebagai
Kak Ita, 32, berkata, dia menyifatkan Yuni sebagai seorang insan yang hanya
satu dalam berjuta.
Katanya, Yuni gadis yang baik dan bersopan santun serta suka
memberi pertolongan kepada orang ramai.
“Anak saya berusia 10 tahun bersekolah di Kampung Baru,
setiap hari dialah (Yuni) yang menghantar dan mengambil anak saya kerana dia
mahir menunggang motosikal.


“Kami sudah macam adik beradik selepas bekerja di tempat
yang sama sejak Jun tahun lalu. Saya muat naik gambar dia di Facebook untuk
diri sendiri, tak sangka pula boleh viral (tular),” katanya.




Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel