Wednesday, December 10, 2025

HARAPAN Akan Libatkan Pembangkang Dalam Pilih Pegawai Tinggi Kerajaan

February 6, 2018
1 min read

Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN), anggota
parlimen pembangkang akan turut terlibat dalam memilih siapa yang akan dilantik
dalam jawatan tinggi kerajaan.
Ia merupakan sebahagian daripada pelan penambahbaikan yang
dinyatakan calon perdana menteri HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang
media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Mahathir berkata, ia berbeza dengan kaedah sedia ada di mana
perdana menteri mencadangkan nama-nama yang akan memegang jawatan tinggi dalam
kerajaan itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan suara pihak lain tidak
diambilkira.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Agong hanya mendengar penjelasan perdana menteri. Kita
akan tukar (cara) ini dengan (penyertaan) dwipartisan agar setiap calon boleh
disoal oleh anggota parlimen.
“Bermakna jika kita menjadi kerajaan, kita akan
alu-alukan pembangkang untuk bersama dalam urusan kerajaan. Kita berharap (anggota
parlimen) dapat mengesahkan kelayakan (calon) untuk jawatan tinggi ini,”
katanya lagi.
Beliau berkata, antara pelantikan yang akan melalui proses
itu adalah ketua polis negara dan peguam negara.
“Kita akan ada speaker (Dewan Rakyat) yang tertakluk kepada
pemilihan dwipartisan…speaker tidak boleh lagi bermaharajalela dengan menolak
sesetengah soalan yang dilihat memburukkan imej kerajaan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,