Connect with us

Berita Lain

Disangka Guna Gambar Johan Raja Lawak, Lelaki Ini Disekat Cari Jodoh Seumur Hidup!


PETALING JAYA: Memiliki wajah yang saling tidak tumpah
dengan pelakon dan pelawak terkenal, Johan Raja Lawak membuatkan seorang jejaka
yang ingin mencari pasangan hidup telah disekat seumur hidup daripada sebuah
portal cari jodoh.
Portal tersebut melakukan ‘sekatan selamanya’ terhadap
Mohamad Syaffiq Md Zali, 27, kerana didakwa menghantar emel berulang kali dan
mengaku bahawa gambar ‘artis’ yang digunakannya adalah dirinya, lapor mStar Online.
“Pada mulanya saya nampak laman tersebut di Facebook
dan sengaja isi (mendaftar) sekadar suka-suka memandangkan umur pun dah masuk
27 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tapi, lepas 24 jam, portal itu hantar emel meminta
saya mengemaskini akaun dan gunakan gambar sendiri. Pihak tersebut nyatakan
gambar profil hendaklah sekurang-kurangnya 30 peratus menunjukkan bahagian
muka,” katanya yang berpandangan gambar yang diberikan telah pun mengikut
syarat yang ditetapkan.


Mohamad Syaffiq ketika dihubungi mStar Online berkata, dia
telah menjelaskan berulang kali bahawa gambar tersebut adalah dirinya, namun
tidak menyangka punca dia disekat selama-lamanya kerana disangkakan menggunakan
gambar seorang selebriti.
Pereka grafik bebas dari Muar, Johor itu bagaimanapun tidak
berkecil hati dengan tindakan portal tersebut kerana merasakan insiden itu
sesuatu yang melucukan.
Mohamad Syaffiq memberitahu bahawa dia turut dihubungi
sendiri oleh pelawak dan penyampai radio tersebut pada pagi Jumaat sejurus
posting mengenai kisah itu tular di laman sosial.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Saya memang pernah berjumpa dengan Johan masa menonton
persembahan dia dalam program lawak tidak lama dulu.
“Masa itu mungkin dia penat dan tidak perasan sangat,
tapi Zizan yang juga berada di situ menegur wajah saya seiras dengan
Johan,” katanya yang kini menetap di Damansara.
Tambah lelaki itu, Johan berkata kepadanya bahawa dia akan
mudah mencari jodoh selepas ini kerana memiliki wajah seperti pelawak itu.
Ujar Mohamad Syaffiq, dia berasa lucu apabila beberapa
wanita mula menghantar pesanan peribadi kepadanya setelah disekat oleh portal
cari jodoh tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel