Categories: Berita Lain

Nik Abduh Tempelak PM, Kit Siang, Dr M, Husam Sekali Gus


Sesekali bersuara ternampak juga garangnya Anggota Parlimen
Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh.
Dalam satu kemas kini hantaran di Facebook semalam anak
bekas menteri besar Kelantan itu menggunakan ruang yang ada untuk ‘melibas’
sejumlah tokoh sekali gus.
Tokoh yang menjadi sasaran Nik Mohamad Abduh ialah Datuk
Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Husam Musa.
Dia memulakan gerakan ‘silatnya’ dengan menempelak perdana
menteri yang sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan terpaksa
bergantung kepada dana disalurkan Putrajaya untuk membolehkan mereka mentadbir
negeri dengan lancar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kata Nik Mohamad Abduh sebelum Najib meminta Kelantan
berterima kasih kepada kerajaan pusat, perdana menteri perlu terlebih dulu
mengucapkan penghargaan itu kepada Kota Bharu.
“PM sedarkah Kelantan wujud terlebih dulu sebelum
Malaysia?
“Sebelum nak suruh Kelantan berterima kasih kepada
pusat, belajarlah berterima kasih dulu pada Kelantan,” katanya.
Bekas ketua pemuda PAS itu juga mengingatkan Najib bahawa
Putrajaya dapat menyalurkan dana ke Kota Bharu hanya selepas kerajaan negeri
menyumbang wang kepada pusat.
“Semasa Dr Mahathir dera Kelantan dulu pun, Kelantan
masih hantar wang pada pusat. Istiqamah,” katanya.
Mengenai Dr Mahathir, Nik Mohamad Abduh menyindirnya dengan
analogi ketakutan orang kampung kepada hantu dan memandu laju sambil tetap
memandang cermin belakang.
Katanya pada masa sama Dr Mahathir tidak menyedari PAS sudah
berada “di depan” berbanding Pakatan Harapan yang diketuainya.
“Jangan pandang belakang Tun. PAS dah di depan
ni..” katanya
Seterusnya Nik Mohamad Abduh menempelak Lim yang juga
pemimpin veteran DAP.
Takut terlepas jadi PM
Jelas menjawab dakwaan Lim mengenai Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dan jawatan perdana menteri pada pilihan raya umum (PRU) lalu, Nik
Mohamad Abduh berkata Lim sebenarnya berbohong.
Katanya pembohongan Lim kepada masyarakat bukan Islam
semakin kuat dan yakin kesan daripada tindakan itu akan dirasai DAP tidak lama
lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Main politik dalam terowong bawah lautlah tak lama
lagi,” katanya menyindir dipercayai merujuk kepada projek pembangunan
terowong dasar laut Pulau Pinang yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Kata Nik Mohamad Abduh PAS mencadangkan nama tokoh veteran
Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk jawatan perdana menteri pada PRU ke-13
sebagai langkah mahu menarik lebih banyak sokongan pengundi Melayu dalam
Pakatan Rakyat.
Katanya bekas menteri kewangan itu juga diterima oleh
masyarakat bukan Islam.
“Cadangan ditolak kerana ada orang lain yang kalut nak
jadi perdana menteri (dan) takut terlepas.
“Memang terlepaslah dulu dan kini pun. Dr Mahathir
jugak yang menang akhirnya. Tetiba TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) jugak yang
disalahkan. Belit tahap sembelit,” katanya.
Kesian pada Husam
Akhir sekali Nik Mohamad Abduh turut mengulas ringkas Naib
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa.
Husam suatu ketika dulu orang kepercayaan Allahyarham Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menjadi exco kanan Kelantan.
Istana Kelantan pada 6 Feb lalu menarik balik pingat
kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada wakil rakyat Salor itu, berkuat
kuasa serta-merta.
Turut dilucutkan gelarannya ialah bekas speaker Dewan
Undangan Negeri Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Wan Abd Rahim kini dilantik sebagai pengerusi AMANAH
Kelantan.
Di mata Nik Mohamad Abduh, Husam adalah orang kepercayaan
arwah bapanya namun “gagal” kerana tindakannya sendiri.
“Hj Husam ni saya tak nak ulas. Kesian. Orang
kepercayaan almarhum ayahanda yang gagal kerana buatan sendiri.
“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

10 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago