Categories: Berita Lain

‘Saya Takkan Kembali Kepada Umno’


PUCHONG – Timbalan Presiden Pakatan Harapan (Harapan), Tan
Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak akan kembali kepada Umno walau dalam apa
jua keadaan kerana parti tersebut telah rosak.
Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, Umno ibarat besi
buruk yang tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu sebaliknya terdedah kepada
perlakuan yang tidak boleh digambarkan.
“Saya bersama Umno lebih 50 tahun ada saat manis dan
pahit tapi zaman (Datuk Seri) Najib adalah yang terburuk. Saya kecewa dengan
Umno, dalam kepimpinan Umno telah ditutup mata dan telinga sehingga tidak tahu
menilai yang betul dan tidak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sudah sampai masa dan ketikanya hayat BN sampai
penghujungnya dan akan berakhir pada PRU14,” katanya dalam Ceramah
Perdana, Selamatkan Malaysia di Serdang Jaya, malam tadi.
Jelasnya, rakyat perlu berani membuat keputusan tegas atau
dalam tempoh lima tahun lagi akan menyebabkan keadaan negara menjadi lebih
buruk.
“Amaran awal telah dikeluarkan oleh BN jika mereka
kalah tak akan ada parti yang akan menang. Adakah ini amaran bahawa mereka akan
buat sesuatu untuk pastikan Harapan tak akan menang?
“Pilihan raya matang akan bawa perubahan baru iaitu
bila dah tak amanah, rakyat menderita maka perlu berani ambil buat keputusan
tegas,” katanya.
Katanya, Harapan akan mengemukakan draf 100 hari pertama
pentadbiran dalam masa terdekat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Harapan tawar masa depan lebih baik dengan meletakkan
hak rakyat di tempat yang sebenar dan kedaulatan negara tidak dikompromi.
“Kita bukan mahu bentuk kerajaan saja tapi meletakkan
yang benar layak tadbir negara dan meletak kedudukan negara ke landasan semula.

Advertisement
“Negara mengamalkan demokrasi berparlimen tetapi kini
lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi disebabkan pemimpin kerajaan yang
telah merompak dan merampas hak rakyat,” katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 hour ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago