Categories: Berita Lain

Najib Takut Dengan Tun M?


SHAH ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak memperuntukkan RM1.3 billion untuk membangunkan lima projek infrastruktur
di Langkawi didakwa kerana takut akan bayang-bayang Pengerusi Pakatan Harapan
(Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penolong Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia,
Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tumpuan yang begitu besar terpaksa
diberikan terhadap Langkawi setelah Tun Mahathir memberi bayangan mungkin akan
bertanding di Parlimen Langkawi pada PRU14 nanti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Disebabkan kegusaran ini, beliau (Najib) terpaksa
mengumumkan sejumlah peruntukan yang begitu besar kepada sebuah kawasan
Parlimen tersebut.
“Malahan seluruh keringat BN digerakkan untuk mengekang
kemaraan Harapan di Parlimen Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menyifatkan serangan Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang membuat kenyataan Tun Mahathir tidak mampu
membangunkan Langkawi, menyerlahkan lagi ketakutan Umno.
“Untuk rekod sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri,
beliau (Tun Mahathir) berjaya membawa pelbagai bentuk pembangunan kepada
Langkawi sehingga terkenal di mata dunia. Beliau juga digelar sebagai arkitek
pembangunan di Langkawi.
“Jasa terbesar beliau setelah mengumumkan status Langkawi pada
1987 menjadi pulau bebas cukai yang ternyata membawa banyak keuntungan dan
kebaikan kepada penduduk sejagat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Justeru, Syed Badli yakin, pengundi-pengundi di Langkawi
matang dan bijaksana dalam menilai perkara ini.
“Siapa yang sebenarnya menabur jasa dan siapa yang
sebenarnya retorik dalam meraih undi.
“Saya menyeru seluruh penduduk Langkawi untuk
memartabatkan Tun Mahathir dan calon-calon Harapan sebagai wakil rakyat. Sekali
gus menumbangkan BN di peringkat persekutuan. Harapan menang di Langkawi
bererti menang juga di Putrajaya,” katanya.

– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

8 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago