Connect with us

Berita Lain

Ahli Keluar Parti Proses Pemutihan Bersatu


GUNUNG SEMANGGOL – Senario ahli Bersatu keluar parti
merupakan suatu ‘rahmat’ bagi melancarkan proses pemutihan ahli yang tersasar
daripada landasan sebenar perjuangan parti sebelum PRU14.
Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, di
sebalik pelbagai ‘gimik’ ahli Bersatu keluar parti di seluruh negara
sebagaimana dilaporkan media arus perdana, pihaknya mendapati terdapat dua
kategori ahli parti yang bertindak melakukan perbuatan itu, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, satu kategori ahli parti yang mendakwa keluar
parti sebenarnya bukan merupakan ahli yang mendaftarkan diri menyertai Bersatu
sebelum ini.
“Satu lagi kelompok adalah mereka yang sebenarnya tidak
berpegang kepada perjuangan parti, namun menyertai Bersatu atas tujuan
kepentingan diri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bersatu berpegang kepada apa diperjuangkan dan kepada
mereka hendak terus dengan kami, (hasrat itu) amat dialu-alukan.
“Tetapi bagi mereka yang terkandas dan tidak menyakini
perjuangan parti, Bersatu juga mengizinkan mereka keluar parti dengan
sukarela,” katanya pada majlis penutup Kursus Latihan Gerak Kerja Pilihanraya
Bersatu Bahagian Bagan Serai, kelmarin.
Turut hadir Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Bagan Serai,
Ismail Ali.
Ahmad Faizal berkata, sebelum berlangsung PRU14, Bersatu
mengalu-alukan golongan ahli ‘terkandas’ untuk meninggalkan parti.
Menurutnya, senario ini juga boleh juga dianggap sebagai
proses pemutihan parti daripada sebarang anasir yang boleh mensabotaj parti di
kemudian hari.
“Ini kerana sekiranya mereka bertindak keluar parti sewaktu
PRU sedang berlangsung, akan memberi kesukaran kepada Bersatu.
“Jadi, bagi mana-mana ahli bertindak keluar lebih awal
sebelum ‘berperang’, kami menganggap senario itu satu rahmat bagi melancarkan
perjuangan lebih besar yang perlu didukung ahli sedia ada,” katanya.
Ahmad Faizal turut mengingatkan ahli Bersatu Perak agar
segera mengetepikan segala masalah persengketaan antara mereka sebaik sahaja
gong perang PRU14 dipalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menyifatkan bibit perpecahan dalam Bersatu Perak bukan
masalah besar, beliau mengakui apabila PRU14 semakin hampir, mungkin ada
individu dalam parti yang terasa kemungkinan nama mereka tidak dicalonkan dan
menyebabkan sedikit pergeseran berlaku.
“Namun isu itu tidak merunsingkan kerana isu perpecahan Umno
lebih buruk dan mungkin tidak dapat diselesaikan menjelang pembubaran Parlimen
dan DUN kelak,” katanya.
Ahmad Faizal turut menaruh keyakinan Bersatu Perak mampu
menyapu bersih lapan kerusi Parlimen ditandingi parti itu di Perak termasuk Parlimen
Bagan Serai.
“Keyakinan itu berdasarkan sentimen rakyat yang dilihat
telah bersedia melakukan perubahan demi kepentingan negara.
“Selain itu, hubungan antara pemimpin parti-parti dalam
Harapan cukup baik dan perlu diperkuatkan lagi memandangkan jentera memenangi
PRU tidak tertakluk jentera Bersatu sahaja, namun perlu libat semua parti dalam
Harapan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel