Connect with us

Berita Lain

Anak 3 Tahun Maut Diseret Kereta Ibu


PASIR GUDANG – Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret
anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak
berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.

Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian
berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu
bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah
sekolah.
Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak
bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.
Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari
kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.
“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka
terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di
bawah bumper hadapan.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun
amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.
“Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita
dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma
dialaminya,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya
menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.
Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah
bumper dalam keadaan tidak bermaya.
“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika
keluar, anak masih di dalam kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan
Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) pada petang tadi apabila ibu mangsa turut
membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan
Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi
dugaan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi
Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.
“Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia
merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.
“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati
anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk
mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
– BH ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel