Connect with us

Berita Lain

Azmin Macam ‘Badut’, Tak Layak Jadi MB – AMANAH



SHAH ALAM – Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘badut’ dan tidak layak menjadi menteri besar.


Beliau sebelum itu menafikan dakwaan Mohamed Azmin, Amanah berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

“Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut. Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, Amanah sudah menghantar surat rasmi kepada Mohamed Azmin supaya mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi ia masih tidak diadakan.

“Nak jadi Pengerusi Harapan Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.

“Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya lagi.

Terdahulu, Azmin dalam sebuah portal berita itu mendakwa Amanah berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan dakwanya ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

Izham berkata, memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen Harapan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan Bersatu. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau turut dipetik berkata, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

Katanya, Harapan Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, kali terakhir dipengerusi Mohamed Azmin Oktober lalu.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel