Connect with us

Berita Lain

Bantah Persempadanan Semula


SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan
(Harapan) Selangor diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menyerahkan 200 bantahan Syor Kedua Kajian Persempadanan Semula di Pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor (SPR) di Kompleks PKNS di sini semalam.
Wan Azizah berkata, bantahan tersebut mewakili 30,000
tandatangan yang dikumpulkan parti komponen Harapan dan NGO Bersih.
Menurutnya, beliau berharap SPR meneliti bantahan dan
bertindak profesional serta adil tanpa memihak mana-mana parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Berdasarkan jumlah bantahan yang tinggi, jelas rakyat
Selangor lebih peka dan sedar akan hak demokrasi dan kaedah perjalanan pilihan
raya di Malaysia.
“Bantahan dibuat bagi menjamin hak pengundi di Selangor dan
SPR perlu mengatasi ketidaksamarataan jumlah pengundi yang ketara seperti Sabak
melibatkan pengundi 15,033, sedangkan Seri Serdang mencecah 74,563 orang,”
katanya.
Hadir sama Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah,
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli
Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Sementara itu, Maria Chin berkata, bantahan dibuat kerana
wujudnya pelanggaran prinsip yang termaktub dalam perlembagaan iaitu bilangan
pengundi di setiap kawasan pilihan raya tidak sekata.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini bukan hanya tentang persempadanan tetapi melindungi
perlembagaan dan mempertahankan pilihan raya bersih dan adil.
“Pada 14 Februari adalah hari terakhir mengemukakan bantahan
dan sesiapa yang mahu melindungi demokrasi perlu berbuat demikian. Kami masih
harap ada perubahan pada laporan akhir persempadanan semula yang akan dihantar
kepada perdana menteri,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah memaklumkan, Subang Jaya menghantar
14 set bantahan mewakili 2,000 tandatangan yang dikumpulkan.

Advertisement
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel