Connect with us

Berita Lain

Berharap Agar Mayat Hidup Semula


BANDUNG – Sebuah keluarga hidup bersama mayat dua saudara
yang sudah meninggal dunia dengan harapan ia dapat hidup semula.

Penemuan luar biasa itu berlaku apabila seorang pegawai
perubatan yang membuat kunjungan rutin memaklumkan pihak berkuasa, Neneng
Hatidjah, 77, enggan membenarkan doktor itu masuk ke dalam rumahnya, yang
mengeluarkan bau pelik.
Apabila pihak berkuasa tempatan menyerbu masuk ke rumahnya
di Cimahi, Jawa Barat, mereka menemui rangka suami dan anak perempuan Neneng,
dibaluti kain dan dibaringkan dalam sebuah bilik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wanita itu menabur serbuk kopi di sekitar mayat dan polis
berkata, mereka juga menemui berpuluh botol minyak wangi dalam rumah itu, yang
terletak sejauh tiga jam perjalanan dari ibu kota Jakarta.
Rangka itu dikenal pasti sebagai suami Neneng, meninggal
dunia Disember lalu pada usia 85 tahun, manakala anak perempuannya berusia 50
tahun, meninggal dunia dua tahun lalu.
Dua lagi anak Neneng yang turut menetap di rumah itu
memberitahu polis, kedua-duanya meninggal akibat sakit, namun tidak
menyempurnakan jasad itu dengan harapan mereka dapat dihidupkan semula.
“Katanya, warga emas itu mendengar bisikan, jika dia menjaga
mayat itu dengan baik, mayat akan hidup semula,” kata jurucakap polis tempatan,
Hari Suprapto kepada AFP.

Warga emas itu tidak didakwa, namun polis berkata, mereka
sedang menyiasat jika wujud unsur khianat. – AFP/BH ONLINE


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel